Selamat Hari Raya Aidil Fitri.  Baru ada kesempatan menjengok blog ni. Raya sakan ka korang semua? Kami macam biasa, setiap raya, membelah lebuh raya utara selatan.  Tahun ni akhirnya, dapat kesempatan berbuka puasa hari terakhir bersama keluarga di Melaka, ganti tahun lepas punya planning.  Nampak teratur sedikitlah raya tahun ni. Jomlah baca cerita raya kami, tapau terus.

Walaupun pada awalnya, nyaris juga pinda plan lagi sebab en suami tak sihat. Mujur dua hari terakhir Ramadan tu dia dah boleh bangun dan cergas bergerak semula.  Akak ni dah buat plan A, B dan nyaris juga buat plan C. Hahaha....yelah dah cuti panjang, kenalah isi dengan aktiviti yang sesuai.

Tak Sah Tak Jem Kalau Sambut Aidil Fitri

Memang tak sah lah kalau highway tu tak bersesak-sesak dengan kenderaan. Perjalanan pulang ke Melaka, lancar sebab kami melawan arus. Kesian tengok kesesakan yang sangat teruk di laluan ke utara. Dalam hati memang dapat rasa, kami akan lalui juga nanti waktu nak pulang. 

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Oleh kerana dua family kakak sampai tak serentak, jadi gambar family terpecah dua, satu dengan family kak long, satu lagi dengan family kak ngah. Hanya family akak dan abang saja yang stay sampai semua pulang.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Bila bergambar dengan anak-anak saudara yang dah membesar dan berkeluarga, macam-macam gaya yang keluar.

Kali ni dapat jumpa semua adik beradik, hampir semua anak saudara dan cucu saudara.  Menu utama - rendang daging, ketupat nasi, lemang dan mee kuah. Penat tak tahu nak cakaplah bila tetamu yang datang silih berganti.  Tak sempat nak siap basuh pinggan, datang lagi dan lagi sampaikan last sekali kami tak larat dah nak ke dapur.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya

Macam biasa, hari raya pertama, rumah abah memang tak putus yang datang bertandang.  Datang bukan sikit-sikit yer, sekali penuh ruang tamu sampai dapur. Yang seronoknya selain dapat jumpa sepupu jauh dekat, makanan yang terhidang pasti habis. 

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya

Antara cucu saudara yang datang. Budak-budak seronok la makan, main, dapat duit raya.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Yang dah besar-besar ni sibuk ber ootd. Port tangga yang saban tahun jadi port rasmi mereka bergambar. 

Hari raya ke 2, bertolak balik ke utara. Asalnya rasa tenang jalan clear tapi lepas dua jam  perjalanan, highway dah mula sesak dengan kenderaan.  RNR jangan cakap lah, berbaris nak masuk. Mujurlah kami sekeluarga dah makan berat siap-siap sebelum bertolak. 

12 jam perjalanan Melaka -Kulim. 1230 tengahari masuk tol Ayer Keroh, 1230 tengahmalam touch down depan pintu pagar rumah.  Macam-macam cerita kami bualkan dalam kereta sampai takda idea dah nak sembang apa. Anak-anak bersambung-sambung tidur tapi tak sampai-sampai. Memandu dengan kelajuan 40km/jam memang sangat menjemukan. Tak salahlah kalau ada yang berselfie dalam kereta melayan jem.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Dari Melaka sampai Seremban, laluan ke utara memang clear. Senang hati memandu. Tapi tak lama la, sebaik melepasi Slim River, jalan dah mula bersesak dengan kenderaan dan bergerak sangat perlahan.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
 Dari satu RNR ke satu RNR, bercadang untuk berhenti solat tapi tak kesampaian sebab Q kenderaan yang sangatlah panjang sehinggalah tiba di RNR Tapah, nampak kurang sedikit kenderaan. Cepat-cepat cari parking dan selesaikan perkara wajib dahulu.  Lepas tu baru cari makanan alas perut sebab perjalanan jauh lagi dan untuk elakkan bersesak di food court, kami bentang alas sahaja tepi highway, berkelah dulu.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Sampai malam kenderaan sangat banyak. Pegang stereng pun dah rasa nak muntah masa ni. Terus cari kawasan yang sesuai, stereng bertukar tangan.

Kamipun bertukar ganti memandu dan berehat.  Mujurlah setahun sekali ja nak rasa macam ni. 

Raya Ketiga - Balik Kampung Bakar Lemang

Bila beraya di kampung en suami, kami memang awal-awal dah dapat tugasan di dapur. Dek kerana kepenatan semalam belum hilang, kami listkan sahaja bahan utama untuk yang lain tolong sediakan.  Menu utama - nasi daging arab, lemang, rendang ayam dan sup tulang.  Ramai yer, memang kena banyak menu.

Samapai sahaja terus sinsing lengan bantu en suami. Mujur anak-anak saudara ramai, buat arahan seperti mandur sahajalah kami.  Seperiuk besar nasi siap bersama acar timun dan air asam power, sekuali rendang ayam siap, seperiuk sup tulang siap dan akhir sekali 10 batang lemang siap dibakar.  Huhu...mana datang kudrat pun tak tahulah. Yang penting semua perut minta diisi dan bila tengok semuanya berselera makan berulang-ulang, penat hilang entah kemana.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Pemandangan belakang rumah di kampung en suami. 

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Adik beradik yang sampai awal dah kemas halaman dan bahagian dalam rumah.  Di sinilah kami berkumpul bila tiba hari raya atau ada cuti panjang. 

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
En suami memang tak sabar nak cuba skill yang dah lama ditinggalkan.  Cadangnya nak bakar lemang juga di Melaka tapi tak kesampaian. Jadi kita buat sahaja di kampung en suami.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Hmm......memang sedap dan cantik kejadiannya. Mujur ada anak-anak saudara lelaki yang ringan tangan membantu.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya
Teringat masa anak-anak masih kecil, ruang atas ni penuh bersusun tilam dan gantungan kelambu. Kalau semua adik beradik balik, cepat-cepat cop nak ambil bahagian mana. Kali ni tak ramai yang bermalam, jadi kami ambil terus bahagian atas. 

Begitulah kami. Cuba semampunya menggembirakan keluarga kedua-dua belah pihak. Raya ke 4 dah  balik ke sarang semula dan sempat juga sediakan kari kambing dan speghetti bolognese untuk santapan adik beradik yang datang beraya.

selamat hari raya, sambut hari raya di kampung, menu raya, family raya

Minggu pertama raya ni, tak tahu mana datangnya tenaga.  Walaupun ada rasa penat tapi seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai.




6 Comments

  1. kenangan tido reramai bentang tilam tu... hehehe sonok meriah adik badik raya sesama ye.. selamat hari raya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah bila ramai-ramai balik kampung.

      Delete
  2. Tahun ini lain macam semangat beraya. Memang pergi rumah orang ramai beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila jumpa saudara, kawan-kawan, tambah-tambah kalau dah lama tak jumpa

      Delete
  3. best meriah raya.... kadang kan ada kawan yang kampung dekat dia tnya, bestnya boleh rasa jem lama-lama, rasa nak cepuk je yang cakap gitu hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....kan. Selalu bila hari pertama masuk opis lepas cuti raya, benda pertama jadi topik - berapa jam sangkut dalam jem.

      Delete