Biskut semperit koko.  Antara kuih raya yang berjaya akak buat sempena menyambut raya baru ni.  Mencuba resipi dari pakar masakan Zaidah Ibrahim, nampak mudah untuk disediakan.  Biasanya biskut semperit akak jarang yang menjadi tapi kali ni abaoleh tahan...sedap.  Terima kasih pada kak zaidah yang share resipi di instagram.

biskut raya, biskut lama, kuih tradisi, biskut sedap


Bahan-bahan Biskut Semperit Koko

200g butter
100g gula icing
100g tepung kastad
125g tepung jagung
100g tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
1 sudu makan chocolate paste/emulco
25g koko
Sedikit  chocolate rice untuk hiasan

Cara Penyediaan :

Palimg mudah nak buat biskut ni.  Mula-mula korang lembutkan dulu butter.  Dah lembut, potong-potong masuk bekas mixer.  Kalau tak nak pakai mixer pun boleh, Gaul dengan senduk pun boleh.  Ikutlah mana cara yang korang rasa selesa.  Akak guna mixer ja.

Kemudian masukkan gula icing dan kuning telur.  Gaulkan bagi rata. Guna mixer, putarlah dalam 4-5 miniit supaya semuanya bercampur elok. 

Selepas itu, masukkan semua jenis tepung, chocolate paste, vanilla dan koko.  Putar lagi sehingga adunan sebati dan lembut.  Jangan terlalu lama nanti adunan jadi lembik.  Agak-agak korang boleh pegang dan kepal-kepalkan masuk dalam acuan.

Kali ni guna acuan panjang-panjang.  Masukkan adunan sedikit-sedikit dalam acuan dan tekan atas tray/bekas pembakar.  Sebelum tu korang bolehlah panaskan oven. Akak guna suhu 175C.  Api atas dan bawah.  Sebelum masuk oven, bolehlah taburkan sedikit chocolate rice atas samperit yang dan ditekan atas tray/bekas pembakar tadi.

Masukkan dalam oven, bakar dalam 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing.

biskut raya, biskut lama, kuih tradisi, biskut sedap

biskut raya, biskut lama, kuih tradisi, biskut sedap


Dah siap.  Pertama kali rasa puashati dengan biskut samperit ni.  Selalu buat tak jadi.  Kali ni bolehlah walaupun rupa parasnya masih boleh diperbaiki lagi.

Sempat juga buat simpel video sebagai rujukan.  Nanti korang cuba yer. Tak semestinya tunggu perayaan baru nak buat.  Boleh je buat bila -bila masa kan.



4 Comments

  1. dulu pernah buat biskut semperit ni tp itulah terlalu fragile skrg ni takmo dah buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul biskut ni kena buat berhati-hati, setahun sekali je nak cuba.

      Delete
  2. simple recipe. senang nak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa 'rajin' kalau follow resipi yang banyak sangat step. Yang simple itu mudah hehehe

      Delete