Hobi Mengumpul Setem Yang Dah Semakin Dilupakan.  Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya - apa hobi korang di masa lapang? Macam-macamlah keluar sesuai dengan  situasi masa itu. Sekarang ni kalau tanya anak-anak apa hobi korang - canggih-canggih jawapannya. Antara hobi akak masa anak-anak dulu ialah mengumpul setem. Ada sekali tu kami bawa Dikwan ke kedai buku dan ternampak buku setem. Terus ayahnya beli dan minta Dikwan cari setem dan simpan dalam buku tersebut.

Hasilnya bukan Dikwan yang cari setem. Ibulah yang kena kumpul dan simpan. Tapi, ibu memang ada koleksi setem sendiri cuma tak disimpan cara teratur.  Bila dah ada buku setem ni, mulalah korek-korek tempat simpanan mana yang akak selit-selit simpan setem-setem lama.


hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama

hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama

hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama

Antara koleksi yang akak ada.  Ambil masa juga nak kumpulkan yang ni. Paling minat tengok gambar-gambar yang ada pada setiap kepingan setem ini.

Mana Nak Cari Setem?

Kalau dulu, kekerapan penghantaran surat bersetem memang tidak dinafikan. Bukanlah ramai peminat tapi penghuni rumah yang ramai. Bila posmen hantar surat, memang akaklah orang pertama yang akan ambil di peti surat. Lepas tu tengok ada setem ka atau tidak. Kalau ada, bahagian yang ada setem tulah yang akan akak koyakkan dulu, lepas tu baru serahkan surat pada tuanpunya. Kakak, abang memang dah faham perangai adiknya.

Sekarang ni susah tau nak dapatkan setem. Surat pun jarang terima.  Kalau di pejabat, banyak yang guna 'franking machine'.  Korang tahu tak apa itu 'franking machine' ? Franking machine merupakan mesin yang boleh digunakan untuk cop setem setelah Pos Malaysia meluluskan permit. (sumber Pos Malaysia)

Biasanya digunakan oleh syarikat sebab perlu dapatkan permit terlebih dahulu. Adanya franking machine, pengguna tidak perlu lagi membeli setem fizikal. Pengguna cuma perlu tambah nilai sebelum guna.

hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama
(sumber: pos malaysia)

Bila guna franking machine, setem nampak macam dicop sahaja.

Bagi pengumpul setem macam akak ni, rugilah sebab tak boleh kumpulkan setem. So kenalah cari setem cara lain.  Salah satu cara ialah membeli koleksi setem di Pejabat Pos. Boleh juga beli secara online di website Pos Malaysia

hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama

hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama

hobi masa lapang, hobi kanak-kanak, ativiti anak-anak, hobi barang lama

Ada banyak rupanya koleksi setem yang boleh dibeli di sini. Sangat menarik ! Harga pun berpatutan. Lepas ni bolehlah akak tambahkan lagi koleksi setem.

Akak juga selalu pesan pada kawan-kawan yang melancong ke luar negara untuk dapatkan setem negara lain pula. Seronok sebenarnya punyai hobi macam ni.  Mana tahu mungkin satu hari nanti, ianya punyai nilai yang tinggi sebab koleksi lama.

Jom share hobi korang !