Hobi Mengumpul Setem Yang Dah Semakin Dilupakan
Hobi Mengumpul Setem Yang Dah Semakin Dilupakan. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya - apa hobi korang di masa lapang? Macam-macamlah keluar sesuai dengan situasi masa itu. Sekarang ni kalau tanya anak-anak apa hobi korang - canggih-canggih jawapannya. Antara hobi akak masa anak-anak dulu ialah mengumpul setem. Ada sekali tu kami bawa Dikwan ke kedai buku dan ternampak buku setem. Terus ayahnya beli dan minta Dikwan cari setem dan simpan dalam buku tersebut.
Hasilnya bukan Dikwan yang cari setem. Ibulah yang kena kumpul dan simpan. Tapi, ibu memang ada koleksi setem sendiri cuma tak disimpan cara teratur. Bila dah ada buku setem ni, mulalah korek-korek tempat simpanan mana yang akak selit-selit simpan setem-setem lama.
Mana Nak Cari Setem?
Kalau dulu, kekerapan penghantaran surat bersetem memang tidak dinafikan. Bukanlah ramai peminat tapi penghuni rumah yang ramai. Bila posmen hantar surat, memang akaklah orang pertama yang akan ambil di peti surat. Lepas tu tengok ada setem ka atau tidak. Kalau ada, bahagian yang ada setem tulah yang akan akak koyakkan dulu, lepas tu baru serahkan surat pada tuanpunya. Kakak, abang memang dah faham perangai adiknya.
Sekarang ni susah tau nak dapatkan setem. Surat pun jarang terima. Kalau di pejabat, banyak yang guna 'franking machine'. Korang tahu tak apa itu 'franking machine' ? Franking machine merupakan mesin yang boleh digunakan untuk cop setem setelah Pos Malaysia meluluskan permit. (sumber Pos Malaysia)
Biasanya digunakan oleh syarikat sebab perlu dapatkan permit terlebih dahulu. Adanya franking machine, pengguna tidak perlu lagi membeli setem fizikal. Pengguna cuma perlu tambah nilai sebelum guna.
Bagi pengumpul setem macam akak ni, rugilah sebab tak boleh kumpulkan setem. So kenalah cari setem cara lain. Salah satu cara ialah membeli koleksi setem di Pejabat Pos. Boleh juga beli secara online di website Pos Malaysia
Ada banyak rupanya koleksi setem yang boleh dibeli di sini. Sangat menarik ! Harga pun berpatutan. Lepas ni bolehlah akak tambahkan lagi koleksi setem.
Akak juga selalu pesan pada kawan-kawan yang melancong ke luar negara untuk dapatkan setem negara lain pula. Seronok sebenarnya punyai hobi macam ni. Mana tahu mungkin satu hari nanti, ianya punyai nilai yang tinggi sebab koleksi lama.
Jom share hobi korang !
14 Comments
Banyaknya koleksi setem. Susah nak dapat setem sekarang ni. Bagus juga pos Malaysia ada buat cara begini.
ReplyDeleteSeronok pulak mengumpul setem ni, nak kena tambah koleksi yg ada di Pos Malaysia pula.
DeleteMak saya yang ada hobi ni. Banyak buku setem dia. Tapi tu lah, setem pun dah susah nak dapat sekarang.
ReplyDeletebetul dah makin kurang orang gunakan surat sebagai perantara kecuali urusan rasmi.
DeleteMacam dah makin kurang je penggunaan setem ini.. Sha dulu pun pernah juga kumpul sebab selalu terima surat yang ada setem.. Tapi tak pasti letak kat mana.. Hahaha.. Bila pinda pejabat ini, entah ke mana-mana dah setemnya..
ReplyDeleteSamalah. Kat ofis letak selit sana sini, pastu lupa kat mana.
Deletedulu leyla pon suka kumpul setem. siap ada buku mcm ni la. pastu skrg kalau nk kumpul, kena beli setem sebab mana la org pos surat pakai setem lagi. dulu kumpul yang orang hantar surat. ingt lagi nak tanggal setem tu kena letak dalam air lepas tu letak atas tudung rice cooker bagi cepat kering. dulu rapat dengan kerani sekolah, jadi banyak la dapat setem.
ReplyDeletehaha...samalah tu caranya. Seronok tengok macam-macam jenis ada.
DeleteAllah rindunya..dulu memang pengumpul setem. Siap tggu keluaran limited edition
ReplyDeletesekarang ni kalau nak banyakkan collection memang kena beli yang limited edition cepat-cepat.
Deletesetem inipun akan pupus juga nanti....sekarang kurier guna barkod saja dah...jadi kalau ada yang masih hobi simpan setem memang rare la jawapnya
ReplyDeleteBetul, semakin pupus. Kalau nak kena dptkan koleksi di Pos Malaysia.
DeleteWah bestnya ada koleksi setem.. Kak Sue minat juga kumpul dan buat koleksi macam nie, tapi bukan setem lah..
ReplyDeleteSetem antara koleksi yang masih diminati. Ada juga yang lain. nanti kita story eh.
Delete