September Dan Oktober Yang Super Busy !
Assalamualaikum wbt semua! Bila sesekali ada kesempatan bersiaran, macam ni la, kita share cerita lontar belakang saja. Adakah yang mencari-cari? Akak masih ada di sini. Sentiasa mencari ruang untuk menulis walaupun sangat terhad. Cuba cari content yang sesuai untuk menulis di sini. September dan Oktober ini memang akak super busy !
Berlalunya September
Dari awal September memang dah tersenarai tugas-tugas tambahan yang cuba untuk dilaksanakan. Dimulai dengan sambutan hari lahir en suami di awal minggu pertama. Sambutan cara kami. Paling penting kek mesti ada. Agak kalut sedikit nak buat persiapan secara sorok-sorok sebab pada hari yang sama perlu memenuhi dua temujanji di hospital yang berlainan. Satu untuk follow up en suami dan satu lagi follow up adik wan. Alhamdulillah kedua-duanya dipermudahkan. Petangnya bila en suami keluar barulah laju-laju buat pesanan kek dan serba sedikit makanan tambahan.
Sukses juga buat kejutan walaupun dah agak lewat malam !
Esoknya bergerak ke Sungai Buloh pula untuk bersama-sama meraikan pernikahan anak saudara sebelah en suami. Anak saudara pertama melangsungkan perkahwinan kenalah raikan beramai-ramai. Alhamdulillah meriah. Selesai majlis, bergerak pula ke rumah abang di kawasan berhampiran.
Tak boleh nak berlama sangat sebab hari esoknya nak kena hantar Amira kembali ke asrama. Back to back aktiviti, memang penatlah juga. Semuanya nak kena susun elok-elok supaya tak stress. Tambah sehari untuk cuti berehat di rumah. Umur-umur kami ni, tak boleh sangatlah nak buat macam-macam aktiviti dalam jangkamasa singkat. Semuanya kena buat cara 'Light & Easy' ajer.
Di ofis juga ada macam-macam tugasan yang perlu dibuat dan disertai. Bos akak sekarang ni suka sangat plan aktiviti secara adhoc. Penat yer! Orang muda memang laju sikit, mai kat kami yang dah menghampiri separuh abad ni kena tambah booster la nak bagi sama laju dengan mereka. Pelan-pelan follow.
Oktober Datang Dengan Suasana Baru
Oktober juga bermula life yang agak sunyi. Anak-anak dah kembali belajar. Sebelum hantar kakak pulang ke kampus, kita layan dulu hari sukan sekolah Dzakwan. Dah lama budak-budak ni tak berlumba di padang. Hari hujan pun tak kisah janji boleh lawan. Dzakwan memang menunggu sangat hari sukan sekolah ni, selain masuk perbarisan, dia masuk juga acara lumba lari.
Hujung minggu yang sama, kami hantar pula kakak kembali ke kampus. Takde dahlah kawan bergosip, peneman ibu di hujung minggu membeli barang rumah, lawan gurau Dzakwan dan pembantu ayah siapkan barang jualan. Cuti hampir 3 bulan sebelum masuk semester baru tahun baru...diam tak diam dah tahun kedua. Subjek pun makin berat, masa senggangpun makin kurang. Ibu ayah doakan kakak terus cemerlang dalam study.
Si abang pun dah mula kembali belajar untuk tahun keempat. Kejap sahaja. Moga terus tabah dengan pengajian yang semakin ketat jadualnya. Sebelum masuk semester baru, sempat yer bercuti di beberapa negara Eropah. Janji korang gembira sebelum masuk alam pekerjaan. Ibu pun nak kena tambah tabungan ni, kot ada rezeki boleh meraikan hari White Coat nanti.
Sebelum berakhir Oktober ni, ada lagi kenduri kendara yang perlu kami hadiri. Banyak aktiviti, poket pun makin nipis. Tapi seronok dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga dan rakan yang jarang berjumpa. Penat bila hujung minggu tak duduk diam !
Menjelang November dan Disember nanti rasanya lagi macam-macam aktiviti nak buat....harap-harap sempatlah sebelum berakhir 2022.
2 Comments
Semoga dipermudahkan semuanya kak.. Nampak sedap pula kek tu.. Adik sy pun dah balik Labuan utk semester baru..
ReplyDeleteterima kasih Nurul mai singgah sini
Delete