Khasiat Buah Nenas Yang Perlu Anda Ketahui
Buah nenas antara buah-buahan yang akak suka. Kalau dapat buah nenas ni memang tak payah tunggu cepat-cepat kupas, potong dan sejukkan. Bila sejuk lagi sedap dimakan. Kadang-kadang makan cicah dengan kicap. Hmm...meleleh air liur pulak dibuatnya.
Pernah tak korang minum jus nenas? Kalau dapat yang manis, jusnya memang sedap. Ingat dulu masa sekolah suka sungguh tolong kakak parutkan nenas untuk dibuat inti kuih tart. Masa tu memang guna parut sahaja, Lepas siap inti dimasak rasa puashati sebab dapat tolong buat.
Khasiat Buah Nenas
Buat penggemar nenas, korang patut tahu yang buah nenas mempunyai pelbagai khasiat.
Nenas kaya dengan Sumber Vitamin C
Vitamin C yang terkandung dalam buah nenas membantu menyelesaikan masalah kulit seperti terdedah pada panas matahari dalam waktu yang lamad ataupun kulit kering. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu dalam badan yang bertindak sebagai anti oksidan.
Kaya Serat
Buah-buahan kaya serat sangat penting dan mampu mengurangkan risiko menghidap kanser kolon. Nenas kaya dengan serat dan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, dengan pengambilan nenas ianya mampu mencegah sembelit serta meningkatkan kesihatan salur pencernaan kita.
Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Buah nenas meningkatkan kesihatan jantung kerana ianya kaya dengan kandungan serat, potasium dan vitamin C. Pengambilan potassium yang tinggi juga akan membantu mengurangkan risiko angin ahmar, melindungi otot, memelihara kandungan mineral dalam tulang serta menghalang daripada pembentukan batu karang.Buah-buahan yang kaya dengan potassium juga dapat merendahkan kadar tekanan darah.
Membantu Penghadaman
Pengambilan buah nenas akan bertindak sebagai satu bantuan yang berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda sakit di kolon, refluks asid dan membantu sistem penghadaman secara normal.
Patutlah en hubby suka sungguh beli buah nenas. Banyak khasiat rupanya!
Nenas madu, beli di pasar malam, sebiji RM4. Memang manis sangat rasanya, takde rasa lidas pun.
17 Comments
Nice sharing.. tq.. :)
ReplyDeletesama-sama
DeleteTliur tgk nanas tu. Mmg sedap sgt..lagi2 sejuk letak gula n kicap..
ReplyDeletebetul tu..suka makan dengan kicap sejuk-sejuk keluar dpd peti ais
DeleteSejak dulu lagi I dah tahu nanas ni ada kebaikannye.. selalu juga buat jus nanas untuk family, ngan anak2
ReplyDeleteSA sukanmakan dengan kicap..buah nenas pilihan selalunya jenis MD2 sebab tak lidas lidah bila makan..cicah ngan kicap cili sedapppp
ReplyDeleteSaya paling gemar nanas - dan baru tahu yang empulur nanas elok untuk mencegah kanser juga
ReplyDeleteQiss suka makan buah nenas ni tambah2 kalau sejuk. Memang menyegarkan sangat. Wahh tahu makan je. tak tahu pula banyak khasiat. bagus juga ni.
ReplyDeleteMacam tahu-tahu je akak pun tengah menyicah buah nenas dengan kuah rojak ni. Bab lawas tu memang akak sokong. Heheheh
ReplyDeleteKurang gemar kalau makan sahaja or cicah dengah kuah rojak . Lebih suka buat jus nenas letak garam & ais sikit . Sedapnya
ReplyDeleteyoorin memang masa kecik2 takut nak makan nenas sebab lidas.. macam frust laa tengah sedap2 makan tetiba pedih je lidah..hahaha..tapi sekarang sedappp betul makan macam tu dengan serbuk asam.. xpon dengan kuah rojak petis..perghh
ReplyDeleteSuka makan buah nanas sebab banyak khasiat. Tapi tu lah, tak bo;leh makan banyak. Nanti kena lidas.
ReplyDeleteYaya mmg fav sangat makan nanas! Tapi bila pregnant haritu terus stop kejap sampai dah bersalin pun. Nak carilah nanti nanas madu rindu nak makan huhu
ReplyDeleteSis suka jugak buah nenas ni, tapi hat yg kecik tu..sedap n manis. Tak silap dr thailand rasanya nenas tu...tapi mmg sedap. Yang besar tu tak minat sangat
ReplyDeleteNanas Madu memang best. Takda rasa lidas tu penting. Lepastu campus skit masa masak pajeri. Yummyyyyy
ReplyDeleteSuka makan nenas... buh asam masin... perghhhhhh bergini pergi diaaaaaaaa....!!!
ReplyDeleteYa ampunn! Memang menggugat iman mak buyong laa T_T
ReplyDeleteTerasa rasa je manisnya nanas tu.. Paling sedap Annur makan baby pineapple..sedap sampai ke sudah. Takde pun rasa pedar di lidah