10 Resipi Mudah Menyediakan Sandwich. Sandwich adalah menu yang paling mudah untuk disediakan bila korang kesuntukan masa atau buntu tak tahu apa nak hidang untuk minum pagi, petang atau bekalan anak-anak ke sekolah.  Tapi kena pastikan juga bahan utamanya ada di rumah iaitu roti.  Selebihnya tengok apa bahan asas lain yang ada dirumah.

Sambil belek-belek fb ni terjumpa pula kawan-kawan yang berkongsi resepi-resepi mudah. Wajib simpan sini sebagai rujukan. Sekurang-kurangnya bila hari cuti, akak dah tahu apa barangan yang perlu akak restok di rumah supaya hari akak tak kelam kabut nak sediakan hidang ringkas untuk keluarga.

10 Resipi Mudah Menyediakan Sandwich


sandwich sedap, menu sarapan mudah, menu diet


Resipi 1 : Sandwich Hawaian Chicken

Bahan-bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Daun salad 
Timun jepun - dipotong bulat
Tomato -dipotong bulat

Bahan inti
400gm ayam - dicincang halus
2 biji bawang besar - dipotong dadu
5 biji cendawan - dihiris nipis
2 potong nenas dipotong dadu
800gm sos bolognese
1 sudu teh serbuk herba itali

Cara memasak
1. Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat.
2. Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nenas.  Masak seketika.
3. Masukkan sos bolognese dan gaul sebati.  Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba itali.
4. Hias roti sandwich dengan kepingan keju, mayonis,salad, timun jepun, inti ayam dan tomato.
5. Kepitkan dengan roti dan sedia untuk di makan.

*sumber resepi majalah Rasa


Resipi 2 : Sandwich Crabstick Mayo

Bahan-bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Salad
Timun jepun - dipotong bulat
Tomato - dipotong bulat

Bahan Inti
400gm crabstick
2 biji bawang besar - dipotong halus
200gm mayonis
sedikit lada sulah/lada hitam

Cara penyediaan:
- celur seketika crabstick dan dicincang.
- kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayonis dan lada sulah.  Gaul sebati
- Ambil roti sandwich dan lapiskan dengan  keju, mayonis, salad, inti crabstick, timun dan tomato.
-  Siap.
*sumber majalah RASA


Resipi 3 : Sandwich Sweet Banana

Bahan-bahan
2 biji pisang berangan
50gm sekaya pandan
Margerin secukupnya
Kepingan  keju
Roti

Cara penyediaan:
Sapu roti bersama marjerin.  Lapiskan bersama pisang yang dihiris nipis.  Sapukan sekaya pandan ke atas lapisan pisang tadi. Tambahkan lapisan keju di atasanya dan lapiskan dengan sekeping lagi roti. Potong kecil dan sedia untuk dimakan.  Mudah kan!


Resipi 4 : Sandwich Peanut Butter Pisang

Bahan-bahan
Roti
Pisang emas - dipotong
Butter secukupnya
Crunchy peanut butter
Madu atau syrup untuk pancake

Cara penyediaan

Potong pisang atau boleh dilenyek-lenyek kemudian ketepikan sekejap.  Toast/bakar roti kemudian sapu butter di atas sekeping roti dan peanut butter di atas sekeping lagi roti.  Susun pisang di atas rotiini dan curahkan madu secukupnya di atas pisang yang sudah disusun. Tangkup/satukan kedua-duanya keping roti.  Siap !


Resipi 5 : Scramble Egg Sandwich  (tanpa sayur)

Bahan

Roti
Telur
Mayonis
Sos blackpepper
Sos cili
Butter
Sedikit garam

- Pukul telur, letakkan 2-3 sudu air untuk telur lebih gebu. Masuk sedikit garam.
- Panaskan butter dan masukkan telur tadi. Kacau sehingga berketul-ketul
- Masukkan mayonis, sos blackpepper, sos cili. Sos ikut suka yang mana nak lebih rasa, letak lebih
- Dah mask, sejukkan sebentar dan bolehlah diletak atas roti.

Cuba yer!

sandwich sedap, menu sarapan mudah, menu diet



Resipi 6 : Sandwich Salad Ayam

Bahan
Roti
2 keping nugget ayam - goreng dan toskan
1/2 biji bawang holland, cincang halus
3 helai daun bawang, hiris kecil
1 camca besar mayonis
1/2 camca besar sos thousand island
sedikit serbuk lada hitam
1 keping cheesedale
sedikit minyak zaitun

Nugget ayam dipotong kecil, masukkan dalam mangkuk bersama bawang, daun bawang, mayonis, sos thousand island, kacau rata dan tambah sedikit serbuk lada hitam.  Letak atas sekeping roti, lapis dengan cheesedale dan lapik sekeping lagi roti di atasnya.  Panaskan non stick pan dan masukkan sedikit minyak zaitun. Bila pan panas, berhati-hati letakkan sandwich tadi.  Masak hingga roti kekuningan dan sedikit garing di kedua-dua bahagian.

Resepi ini boleh digandakan sekiranya nak buat lebih.

*credit kepada Che Mat Gebu


Resipi 7 : Sandwich Sardin Old Style

Bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Sayur salad
Timun jepun -dipotong bulat
Tomato - dipotong bulat

Bahan inti
1 tin kecil @ 100 gm sardin
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji cili padi - dipotong halus
Sedikit jus lemon
Secubit garam

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit. Masukkan bawang dan cili pada serta  sedikit garam, goreng layu. Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang telah dimasak tadi. Gaul rata. Ambil roti, letakan kepingan keju, mayonis, salad, inti sardin, timun dan tomato, lapikkan dengan sekeping lagi roti. 

Siap dan sedia untuk dimakan !


Resipi 8 : Sandwich Diet

Bahan
2 keping roti wholemeal
Natural atau mother choice soft spread
1 biji telur rebus
1 biji telur dibuat dadar
Salad
Karot
Kobis purple atau putih
Timun jepun
Tomato

Sapukan roti dengan soft spread mother choice. Letakkan salad dan telur dadar.  Lapiskan sayur-sayuran dan telur rebus. Lapikkan dengan sekeping roti lagi.  Balut dengan plastik untuk mudahkan ketika memotong sandwich.

Selain telur, boleh juga guna, tuna, ayam grill, dory fish grill ikut selera masing-masing.


sandwich sedap, menu sarapan mudah, menu diet


Resipi 9 : Wanpaku Sandwich

Bahan
3 keping roti wholemeal
1 tin tuna chunk in water
3 tbs kewpie mayo
1 tsp kewpie sesame soy sauce
2 tbs kewpie dressing hot & spicy
lada hitam
Carot
Timun jepun
Kobis purple/putih
cheddar cheese

Tuna dipecah-pecahkan dan digaul dengan semua sos yang dinyatakan. Letak atas roti potongan kobis, karot, timun. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Lapiskan dengan keju cheddar. Letak kepingan roti yang kedua. Sapukan tuna yang telah digaulkan tadi. Letakkan lapisan karot, kobis dan timun. Lapikan dengan kepingan roti yang ketiga.
Balutkan dengan kertas balut makanan untuk memudahkan semasa memotong.

Cubalah! 


Resipi 10 : Sandwich Tuna Hot Chilli

Bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Sos thousand island
Salad
Timun jepun - dipotong bulat
Tomato - dipotong bulat

Bahan inti
1 tin tuna cili
2 batang daun sup/ketumbar - dihiris kecil
5 biji cili padi - dipotong halus
100 gm mayonis

Masukkan tuna cili, daun sup, cili padi dan mayonis dalam satu mangkuk. Gaul rata. Ambil roti sandwich, letak kepingan  keju, mayonis, sos thousand island, salad, campuran tuna cili, timun dan tomato.  Selepas itu, lapikkan dengan sekeping roti lagi. Potonglah ikut saiz yang diminati, dah boleh hidang.

Terima kasih kepada penyumbang resipi-resipi ini, ada yang akak copy daripada fb sahaja.  Simpan sini untuk kegunaan bila diperlukan.  Selain mudah untuk disediakan, ianya mengenyangkan !

8 Comments

  1. paling mudah nak buat bekal anak-anak ke sekolah sandwich laa kan Azi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kena standby roti kat rumah aje.

      Delete
  2. Saya suka sandwich ada cebisan sardin. Wajib ada kepingan keju.

    ReplyDelete
  3. sandwich semua saya suka.. tapi jangan letak tomato ja haha..
    memang spoil rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sama dengan anak akak tak suka tomato.

      Delete