10 Resipi Mudah Menyediakan sandwich
10 Resipi Mudah Menyediakan Sandwich. Sandwich adalah menu yang paling mudah untuk disediakan bila korang kesuntukan masa atau buntu tak tahu apa nak hidang untuk minum pagi, petang atau bekalan anak-anak ke sekolah. Tapi kena pastikan juga bahan utamanya ada di rumah iaitu roti. Selebihnya tengok apa bahan asas lain yang ada dirumah.
Sambil belek-belek fb ni terjumpa pula kawan-kawan yang berkongsi resepi-resepi mudah. Wajib simpan sini sebagai rujukan. Sekurang-kurangnya bila hari cuti, akak dah tahu apa barangan yang perlu akak restok di rumah supaya hari akak tak kelam kabut nak sediakan hidang ringkas untuk keluarga.
10 Resipi Mudah Menyediakan Sandwich
Resipi 1 : Sandwich Hawaian Chicken
Bahan-bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Daun salad
Timun jepun - dipotong bulat
Tomato -dipotong bulat
Bahan inti
400gm ayam - dicincang halus
2 biji bawang besar - dipotong dadu
5 biji cendawan - dihiris nipis
2 potong nenas dipotong dadu
800gm sos bolognese
1 sudu teh serbuk herba itali
Cara memasak
1. Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat.
2. Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nenas. Masak seketika.
3. Masukkan sos bolognese dan gaul sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba itali.
4. Hias roti sandwich dengan kepingan keju, mayonis,salad, timun jepun, inti ayam dan tomato.
5. Kepitkan dengan roti dan sedia untuk di makan.
*sumber resepi majalah Rasa
Resipi 2 : Sandwich Crabstick Mayo
Bahan-bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Salad
Timun jepun - dipotong bulat
Tomato - dipotong bulat
Bahan Inti
400gm crabstick
2 biji bawang besar - dipotong halus
200gm mayonis
sedikit lada sulah/lada hitam
Cara penyediaan:
- celur seketika crabstick dan dicincang.
- kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayonis dan lada sulah. Gaul sebati
- Ambil roti sandwich dan lapiskan dengan keju, mayonis, salad, inti crabstick, timun dan tomato.
- Siap.
*sumber majalah RASA
Resipi 3 : Sandwich Sweet Banana
Bahan-bahan
2 biji pisang berangan
50gm sekaya pandan
Margerin secukupnya
Kepingan keju
Roti
Cara penyediaan:
Sapu roti bersama marjerin. Lapiskan bersama pisang yang dihiris nipis. Sapukan sekaya pandan ke atas lapisan pisang tadi. Tambahkan lapisan keju di atasanya dan lapiskan dengan sekeping lagi roti. Potong kecil dan sedia untuk dimakan. Mudah kan!
Resipi 4 : Sandwich Peanut Butter Pisang
Bahan-bahan
Roti
Pisang emas - dipotong
Butter secukupnya
Crunchy peanut butter
Madu atau syrup untuk pancake
Cara penyediaan
Potong pisang atau boleh dilenyek-lenyek kemudian ketepikan sekejap. Toast/bakar roti kemudian sapu butter di atas sekeping roti dan peanut butter di atas sekeping lagi roti. Susun pisang di atas rotiini dan curahkan madu secukupnya di atas pisang yang sudah disusun. Tangkup/satukan kedua-duanya keping roti. Siap !
Resipi 5 : Scramble Egg Sandwich (tanpa sayur)
Bahan
Roti
Telur
Mayonis
Sos blackpepper
Sos cili
Butter
Sedikit garam
- Pukul telur, letakkan 2-3 sudu air untuk telur lebih gebu. Masuk sedikit garam.
- Panaskan butter dan masukkan telur tadi. Kacau sehingga berketul-ketul
- Masukkan mayonis, sos blackpepper, sos cili. Sos ikut suka yang mana nak lebih rasa, letak lebih
- Dah mask, sejukkan sebentar dan bolehlah diletak atas roti.
Cuba yer!
Resipi 6 : Sandwich Salad Ayam
Bahan
Roti
2 keping nugget ayam - goreng dan toskan
1/2 biji bawang holland, cincang halus
3 helai daun bawang, hiris kecil
1 camca besar mayonis
1/2 camca besar sos thousand island
sedikit serbuk lada hitam
1 keping cheesedale
sedikit minyak zaitun
Nugget ayam dipotong kecil, masukkan dalam mangkuk bersama bawang, daun bawang, mayonis, sos thousand island, kacau rata dan tambah sedikit serbuk lada hitam. Letak atas sekeping roti, lapis dengan cheesedale dan lapik sekeping lagi roti di atasnya. Panaskan non stick pan dan masukkan sedikit minyak zaitun. Bila pan panas, berhati-hati letakkan sandwich tadi. Masak hingga roti kekuningan dan sedikit garing di kedua-dua bahagian.
Resepi ini boleh digandakan sekiranya nak buat lebih.
*credit kepada Che Mat Gebu
Resipi 7 : Sandwich Sardin Old Style
Bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Sayur salad
Timun jepun -dipotong bulat
Tomato - dipotong bulat
Bahan inti
1 tin kecil @ 100 gm sardin
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji cili padi - dipotong halus
Sedikit jus lemon
Secubit garam
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit. Masukkan bawang dan cili pada serta sedikit garam, goreng layu. Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang telah dimasak tadi. Gaul rata. Ambil roti, letakan kepingan keju, mayonis, salad, inti sardin, timun dan tomato, lapikkan dengan sekeping lagi roti.
Siap dan sedia untuk dimakan !
Resipi 8 : Sandwich Diet
Bahan
2 keping roti wholemeal
Natural atau mother choice soft spread
1 biji telur rebus
1 biji telur dibuat dadar
Salad
Karot
Kobis purple atau putih
Timun jepun
Tomato
Sapukan roti dengan soft spread mother choice. Letakkan salad dan telur dadar. Lapiskan sayur-sayuran dan telur rebus. Lapikkan dengan sekeping roti lagi. Balut dengan plastik untuk mudahkan ketika memotong sandwich.
Selain telur, boleh juga guna, tuna, ayam grill, dory fish grill ikut selera masing-masing.
Resipi 9 : Wanpaku Sandwich
Bahan
3 keping roti wholemeal
1 tin tuna chunk in water
3 tbs kewpie mayo
1 tsp kewpie sesame soy sauce
2 tbs kewpie dressing hot & spicy
lada hitam
Carot
Timun jepun
Kobis purple/putih
cheddar cheese
Tuna dipecah-pecahkan dan digaul dengan semua sos yang dinyatakan. Letak atas roti potongan kobis, karot, timun. Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Lapiskan dengan keju cheddar. Letak kepingan roti yang kedua. Sapukan tuna yang telah digaulkan tadi. Letakkan lapisan karot, kobis dan timun. Lapikan dengan kepingan roti yang ketiga.
Balutkan dengan kertas balut makanan untuk memudahkan semasa memotong.
Cubalah!
Resipi 10 : Sandwich Tuna Hot Chilli
Bahan
Roti
Kepingan keju
Mayonis
Sos thousand island
Salad
Timun jepun - dipotong bulat
Tomato - dipotong bulat
Bahan inti
1 tin tuna cili
2 batang daun sup/ketumbar - dihiris kecil
5 biji cili padi - dipotong halus
100 gm mayonis
Masukkan tuna cili, daun sup, cili padi dan mayonis dalam satu mangkuk. Gaul rata. Ambil roti sandwich, letak kepingan keju, mayonis, sos thousand island, salad, campuran tuna cili, timun dan tomato. Selepas itu, lapikkan dengan sekeping roti lagi. Potonglah ikut saiz yang diminati, dah boleh hidang.
Terima kasih kepada penyumbang resipi-resipi ini, ada yang akak copy daripada fb sahaja. Simpan sini untuk kegunaan bila diperlukan. Selain mudah untuk disediakan, ianya mengenyangkan !
8 Comments
paling mudah nak buat bekal anak-anak ke sekolah sandwich laa kan Azi :)
ReplyDeleteBetul tu, kena standby roti kat rumah aje.
DeleteSedapnya
ReplyDeleteSesekali tukar selera.
DeleteSaya suka sandwich ada cebisan sardin. Wajib ada kepingan keju.
ReplyDeleteBetul..sedapkan
Deletesandwich semua saya suka.. tapi jangan letak tomato ja haha..
ReplyDeletememang spoil rasa..
hehe..sama dengan anak akak tak suka tomato.
Delete