Baru nak throwback pasal birthday sendiri. Yelah sambut birthday di bulan terakhir setiap tahun macam ni la, cerita terlepas di tahun baru. Dah meningkat usia ni takdelah nak celebrate birthday sangat. Setiap kali tiba masanya mengingati apa yang perlu diperbaiki untuk bekalan kemudian hari dah cukup.

Tahun ni ada yang istimewa selain daripada orang-orang tersayang yang sentiasa ada di sekeliling menyokong setiap langkah akak. Hadiah istimewa daripada Althea. Wow!!! Beruntung rasanya terima hadiah daripada team Althea Angel ni, rasa bertuah badan. Bila masuk website Althea memang rambang mata jadinya sebab ada macam-macam personal care yang sesuai untuk akak gunakan.

Jom tengok apa yang akak dapat beli dengan hadiah yang Althea beri ni.


Althea surpeise, hadiah althea, produk beauty, kecantikan

Kali ni dapat dua kotak sekali. Macam biasa akak memang sungat dengan kotak barangan Althea ni. Boleh simpan barang dan adik wan pun siap ambil nak simpan koleksi hotwheelnya. 

Althea surpeise, hadiah althea, produk beauty, kecantikan

Antara barangan yang akak dapat redeem daripada Althea.  Ambil barang yang memang akak guna dan tambah beberapa barangan lain untuk dicuba.

Althea surpeise, hadiah althea, produk beauty, kecantikan

Bare Essential Set yang terdiri daripada fixer cream. primer water dan counter cleanser. Tak ketinggalan juga set real fresh skin detoxer. Nak tau apa yang best untuk produk yang ni, korang boleh klik link di bawah. Akak pernah review sebelum ni produk-produk ini dan sekarang dah jadi pengguna setia pulak. I like it !





Althea surpeise, hadiah althea, produk beauty, kecantikan

Kali ini akak dapatkan jugak set syampu dan pelembut, Green Tea Mint Frest dan Green Tea Mint Fresh scalp conditioner. Yang ni anak dara dah rembat guna dulu.  Best katanya.  Kalau dah kata okay nanti kita buat stok. 



Althea surpeise, hadiah althea, produk beauty, kecantikan

Masalah kulit tumit kaki keras dan merekah. Akak cuba yang ni pula. Calmia Silky Soft foot cream.  Malam-malam sapu ja kat tapak kaki, tumit dan celah-celah jari.  Yang di seisi keluarga guna. Best dan tak melekit.


Althea surpeise, hadiah althea, produk beauty, kecantikan

Tak ketinggalan juga, reward untuk jari-jari tangan yang sentiasa bekerja keras. Kena bagi lembut-lembut juga, sentiasa elakkan pengeringan.  Ada pelbagai haruman seperti Hello Peach, Lavender Floral, Marry Me dan White Musk.  Akak ambil setiap haruman dan setakat  jatuh cinta pada Marry Me dan White Musk. 


Korang kalau nak cuba produk Althea ni pergi je kat laman sesawang Althea. Memang puashati setakat yang akak dah gunalah. Tapi masing-masing punya pengalaman berbezalah kan.  

3 Comments

  1. hehe, saya pun guna yang Green Tea Mint Fresh Shampoo and conditioner tu ...
    yang hand cream nine point tu, saya baru try yang white musk ...

    ReplyDelete
  2. Baru nak cuba green tea shampoo tu. Best tak kak?

    ReplyDelete