Psstt ...Gosip Baru Tentang Althea Bare Essentials

Thursday, April 26, 2018

PSstttt!..Psstttt...Akak ada gosip baru ni.  Kalau korang sukakan kecantikan jom ikut akak bergosip.  Kali ni nak gosip tentang produk Althea.  Makin lama makin suka pulak dengan rangkaian beauty Althea ni.  Kali ni keluaran terbaru Althea dan dicanang sana sini di media social. Semua beauty lovers dah mula bergosip tentang Althea Bare Essentials.  Rangkaian penjagaan kecantikan kulit muka dengan 3 langkah mudah.


Althea Bare Essentials


Bulan lepas akak dapat hadiah set Althea Bare Essentials ni.  Tengok packaging pun dah cantik, dalam hati berkata mesti best produk kali ni.  Hmm....ternyata tidak mengecewakan.  Akak ni dah hampir beberapa minggu berhenti menggunakan sebarang pencuci muka dan pelembap jenama sediaada sebab memang bercadang untuk tukar jenama lain.  Kehadiran Althea Bare Essentials ni memang tepat pada masanya.  Tanpa banyak fikir, akak terus guna. Memang nak story hasilnya selepas guna hampir sebulan.


beauty produk, produk pembersihan wajah mudah guna, althea, gosip terkini


Althea Bare Essentials hanya dengan 3 langkah asas untuk mendapat hasil yang menarik.  Tiga langkah asasnya ialah :


  • Contour Cleanser
  • Primer Water
  • Fixer Cream

Hari pertama guna, akak dah .....WOW...best produk ni.  Kulit wajah rasa lebih licin, segara dan anjal.  Tiga hasil yang boleh akak share dengan korang selepas hampir sebulan menggunakan rangkaian Althea Bare Essentials ni.



Bare Essentials Contour Cleanser 

beauty produk, produk pembersihan wajah mudah guna, althea, gosip terkini




Bare Essentials Contour Cleanser adalah pembersih wajah yang boleh di gunakan siang dan malam dan juga merupakan asas penjagaan kulit wajah. Ia mengandungi micro capsules yang mana bila di campurkan dengan air boleh bersihkan seluruh wajah kerana micro capsules bertindak sebagai scrub untuk membersihkan liang-liang roma dan juga kotoran yang terdapat di wajah. Tak perlulah nak ada tambahan scrub sebab Contour Cleanser dan cover tugas scrub ni.

Menggunakan teknologi bubbleshoot untuk menghasilkan micro capsules, jadi setiap kali membersihkan wajah ia memberi rasa bersih dan kelembutan kepada kulit. Istimewanya, penggunaan yang berterusan boleh menjadikan atau menampakkan wajah berbentuk V-shape. Kesan atau rasa dingin dan segar selepas membilas pula di hasilkan oleh  Ice Plant & Lemon Verbena Leaf yang merupakan bahan asas dalam Contour Cleanser.

Lepas guna Contour Cleanser ni memang muka rasa segar dan lembut.  Akak suka!


Bare Essentials Primer Water



beauty produk, produk pembersihan wajah mudah guna, althea, gosip terkini


Bare Essentials Primer Water terhasil dari gabungan toner dan primer. Tidak perlu lagi menggunakan primer untuk menghalang kesan sensitif yang akan merosakkan kulit akibat bahan komestik lain yang mengandungi bahan kimia. Produk 2 in 1 ni bukan saja menjimatkan masa malah menjimatkan poket juga. Yang pasti ia membantu penggunanya memperolehi kulit yang cantik dan sihat.

Terhasil dari teknologi Clear Drewdrop. Bermakna ia tanpa pewarna dan untuk menggunakannya hanya titiskan ke atas kulit dan usap sehingga ia menyerap sepenuhnya. Kadar penyerapan sangat pantas serta tidak memberi kesan melekit. Ia juga memberi rasa dingin dan menjadikan wajah tampak glowing. Sesuai untuk semua jenis kulit kerana bahan asas yang di gabungkan dengan teknologi Clear Drewdrop mudah serasi dengan semua jenis kulit.


Bare Essentials Fixer Cream

beauty produk, produk pembersihan wajah mudah guna, althea, gosip terkini



Bare Essentials  Fixer Cream bertindak sebagai pelembap dan memberi perlindungan 24 jam kepada kulit. Tiga bahan asas yang di gunakan dalam menghasilkan Bare Essentials Fixer Cream adalah Trehalose, Green tea dan Baobab Tree. Ketiga-tiga bahan asas ini memberi kelembapan dan menjaga kulit dari kekeringan sepanjang hari. Ia tidak berminyak dan melekit  malah tiada bau atau berwarna. Bersifat natural dan sesuai untuk semua jenis kulit.


beauty produk, produk pembersihan wajah mudah guna, althea, gosip terkini



Mudah sangat dengan 3 langkah Athea Bare Essentials ni.  So, sekarang ni memang akak gunakan sepenuhnya.  Nak travel pun mudah sebab dia ada pack kecil-kecil untuk mudah di bawah. Kalau masa-masa `cuti' daripada solat, guna waktu pagi sampai petang pun muka tak melekit dan kekal segar tak berminyak.  Eh!! Ni memang review selepas guna tau.  Kalau korang tak percaya boleh cuba cari di Althea dan dapatkan info lebih lanjut di sana.

                                                       www.althea.kr


You Might Also Like

2 comments

  1. Ramai sungguh yang bergosip pasal produk althea nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best produk ni, rasa selesa pulak bila dah start guna

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook