Diam tak diam dah 3 tahun akak kenal dengan jenama Althea.  Korang tau tak apa produk yang dibawah ALTHEA ? Ada macam-macam produk kecantikan dan penjagaan diri korang boleh jumpa kat ALTHEA. Yang menariknya produk-produk ini berasal dari Korea dan setiap pembelian didatangkan terus dari Korea tau!  Akak pun dah terjatuh cinta dengan beberapa produk ALTHEA ni.  Disebabkan dah terjatuh cinta maka sentiasalah mengikuti perkembangan untuk dapat update produk-produk yang ada.  Sehinggakan baru-baru ni terpilih pula menjadi Althea Angel. Wow!!! Sayang ALTHEA.

Untuk mendapatkan produk yang di jual di ALTHEA ni, korang hanya perlu masuk ke website sahaja, orderlah apapun yang menarik minat korang dan buat bayaran.  Dengan pembelian dan offer tertentu korang boleh dapat free shipping.  Penghantaran dari Korea yer...bukan dalam Malaysia. Biasanya dalam seminggu hari bekerja produk pun sampailah di tangan korang.  Setakat ni barang-barang yang sampai tak pernah lagi rosak dan masih cantik dalam packing.

skin detox, perawatan wajah, althea angel, althea produk, khas untuk wanita


Walaupun dah lambat sikit, akak tetap nak wish ALTHEA Happy Turn 3 ! Para angels dapat surprise box lagi. Dan untuk tahun yang ketiga ni juga ALTHEA bawa pula produk menarik untuk detox muka korang. Kejutan untuk para Althea Angels ialah Real Fresh Skin Detoxer. Selain daripada Real Fresh Skin Detoxer, surprise box daripada Althea ini juga ada:

  • Althea Bag
  • Make up pouch
  • Mirror 
  • Althea Small Box - The Birthday Book. 

skin detox, perawatan wajah, althea angel, althea produk, khas untuk wanita

skin detox, perawatan wajah, althea angel, althea produk, khas untuk wanita

skin detox, perawatan wajah, althea angel, althea produk, khas untuk wanita


Best sangat! Tapi kali ni nak cerita tentang Real Fresh Skin Detoxer dulu.


Real Fresh Skin Detoxer


Apa yang menarik tentang Real Fresh Skin Detoxer ini?

Real Fresh Skin Detoxer merupakan mask yang boleh dipakai setiap hari dan tempoh penggunaannya adalah selama 10 saat sahaja.  Selepas 10 saat korang boleh cuci muka dan rasakan kesannya. Dah hampir seminggu lebih akak gunakan Real Fresh Skin Detoxer ini, memang terasa setiap kali lepas cuci, kulit wajah rasa segar.. Faham-fahamlah akak ni bukan jenis yang rajin nak berlama-lama melayan kulit wajah ni. Suka yang cepat dan memberi kesan yang diiinginkan.

Real Fresh Skin Detoxer ini terdiri daripada detoxer Rose dan Green Tea.

Apa beza keduanya?

Real Fresh Skin Detoxer Rose


Mengandungi 100% kelopak Bunga Rose May dan juga buih-buih lembut yang terhasil daripada ekstrak kelapa.  Kelopak rose membantu melembutkan kulit dan ekstrak kelapa membantu kelembapan bunga rose meresap ke dalam kulit tanpa kerengsaan,. Kepingan kelopak rose sebenarnya membantu produk untuk membersihkan dan memperbaiki peredaran darah dan memastikan kulit kekal segar, lembut dan cerah.

Cara Menggunakan Real Fresh Skin Detoxer Rose


Jenis ini digunakan pada waktu pagi sahaja. Ianya membantu melindungi tahap pH kulit dan tekstur kulit sehingga petang, di bantu dengan solekan sempurna di wajah.

Akak gunakan di awal pagi dengan menyapu sedikit Real Fresh Skin Detoxer Rose ini ke bahagian mula.  Ia boleh terus digunakan tanpa membasahkan kulit wajah.  Biarkan selama 10 saat sahaja dan ambil sedikit air serta urut muka secara bulatan untuk menghasilkan buih-buih lembut.  Lepas tu boleh bila muka korang. 

skin detox, perawatan wajah, althea angel, althea produk, khas untuk wanita


Real Fresh Skin Detoxer Green Tea


Mengandungi daun teh hijau muda yang berasal dari Pulau Jeju.  Dipilih kerana ia adalah 100% bahan semulajadi dan sangat membantu untuk membersihkan dan merawat kulit yang sensitif.  Skin detoxer ini juga mengandungi buih-buih lembut yang terhasil daripada ekstrak kelapa. Penggunaannya juga cukup selama 10 saat sahaja.

Daun teh hijau muda ini mengandungi catechin dimana ia mempunyai 5 kali ganda vitamin C daripada lemon.  Ini menjadikan ia lebih berkesan untuk membaiki dan merawat kulit yang rosak disebabkan oleh UV.

Cara Menggunakan Real Fresh Skin Detoxer Green Tea


Berbeza dengan Detoxer Rose, detoxer Green Tea dipakai pada sebelah malam sebelum tidur di mana pada waktu inilah penjanaan semula sel kulit adalah lebih aktif.  Dengan menggunakan Real Fresh Skin Detoxer Green Tea, ia sangat membantu meningkatkan penjanaan, merawat dan merehatkan sel kulit.


skin detox, perawatan wajah, althea angel, althea produk, khas untuk wanita


Akak guna kedua-dua skin detoxer ini. Lepas guna, terjatuh cinta pulak.  Boleh  digunakan sebagai daily wash off mask lepas ni.

Selepas guna memang terasa kulit muka lebih fresh, tegang dan licin. Yang paling best guna 10 saat aje tak perlu tunggu lama.  Lepas sapu terus kira 1,2,3.....10 dah boleh bilas.  Baunyapun buat korang rasa segar. Payah nak cerita korang kena beli dan test sendiri. Lepas tu boleh guna set Bare essential pulak....hmmmmmm...sukanya !

Nak beli kat mana? Korang boleh ke website Althea. Mudah sangat.

Lepas ni akak akan story lagi tentang produk daripada Althea ni.  Korang tunggu yer, kalau berminat cepat-cepat pergi cari produk tu dekat website Althea. Tak rugi beli sebab produknya memang best guna.

2 Comments