Bila menghampiri hari raya, akak tertunggu-tunggu iklan raya daripada syarikat-syarikat besar seperti Petronas, TNB dan lain-lain juga.  Iklan raya depa ni biasanya menarik dan banyak bermain dengan emosi kita.  Jangan tak tahu, iklan raya pun boleh sebabkan yang tengok mengalirkan air mata.

Untuk tahun 2018 ni, antara iklan yang akak adalah iklan TNB, iklan raya DBKL, telekung Siti Khadijah dan TM.

Iklan Raya Menarik 2018


Iklan raya TNB - Rumah Epik Fantastik

Bila bercerita tentang hari raya, balik kampung adalah agenda utama bagi yang tinggal berjauhan daripada keluarga.  Memang bersusun dari anjung sampai ke dapur. Kalau kat rumah MIL akak pula, bila sampai kat rumah kampung dah siap booking nak tidur mana.  Hampir nak sama macam iklan ni.





Iklan raya DBKL - Janji Amin 

Bila hari raya ni feel dia nak balik kampung tu lebih daripada biasa.  Tambahan kalau ibu atau ayah tnggal sendirian di kampung.  Mereka pun tertunggu-tunggu kepulangan anak-anak.  Seboleh mungkin memang akak cuba cari peluang untuk beraya bersama mereka di kampung.  Akak sanggup kerja sampai last day sebelum raya, asalkan boleh balik kampung.  Mujur kat sini, kebanyakan team akak memang asal dekat-dekat aje dan peluang cuti panjang tu memang akak tak perlu berebut- rebut dengan orang lain.  So pada korang yang dah berjanji nak balik kampung, sila tunaikan yer!




Telekung Siti Khatijah 

Satu lagi yang meruntun hati jugak masa tengok iklan ni.  




Iklan raya TM 

Iklan ni memang kami tertunggu-tunggu juga sebab tag line membawang tu.  Biasalah kalau dah berkumpul adik beradik kat dapur sambil buat ketupat rendang, episod membawang memang antara yang paling best nak buat.  Laju je sambil buat kerja.  Biasanya membawang cerita masing-masing ja, dah lama tak jumpa kan!





Bagi korang yang dah mulakan perjalanan pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya dan sentiasa ingat orang tersayang ye. Akak esok baru gerak. Dekat je. Selesai yang dekat barulah kita tuju yang jauh pulak.

Selamat Hari Raya korang semua!

3 Comments

  1. menarik2 iklan tahun ni.. banyak yang ceria dari yang menyayat hati..

    alhamdulillah selesai sebulan ramadhan sedih berlalu pergi datang aidilfitri pula. selamat hari raya maaf zahir batin. drive carefully and have a blast eid =D

    ReplyDelete
  2. timm suka dgn iklan tnb, mcm situasi dekat umah ni tiap kali beraya..hihi..

    ReplyDelete