Bila Dapat Peluang Beraksi Depan Kamera
Bila takde kerja sangat akak suka ambil gambar curi. Subjek yang selalu menjadi pilihan adalah si manja Mango kat rumah ni. Memang seronok dapat ambil aksi spontan dia. Guna kamera handphone je pun.
Si Mango nipun satu kegemaran dia ialah pantang tengok benda bergerak. Tak kiralah tangan ka, jari, gerakan objek seperti pensil, masa melipat baju mesti akan menjadi fokus dia untuk terjah dan tangkap.
Kalau dulu masa baru sampai kat rumah ni kecil je, sekarang ni bukan main debab lagi. Tak pernah keluar rumah ni, macam anak dara dok je dalam rumah. Kalau buka pintu pun dia tak lari keluar, setakat menjengok muka sahaja.
Tak tahu berapa lama boleh bertahan si Mango ni kat rumah kami. Yang lepas-lepas, bila dah besar semua cari haluan sendiri. Yang paling rajin menjaga si Mango ni ialah Amira. Minggu depan kak amira dah tinggal di asrama, mesti kesunyianlah si Mango di rumah takde yang melayan.
Aksi si Mango bila boring minta dilayan...
Aksi si Mango bila boring minta dilayan...
Suka bila dapat dok dalam kotak. Kalau kotak muat-muat dia pun lagi dia suka.
Menyorok bawah meja. Suka tengok muka Mango macam ni..
Abislah kotak tu jadi mangsa dia asah kuku.
Tempat favorite sebelum tidur, atas kepala katil tepi tingkat. Kenapa suka duduk tepi tingkat?
Ni lah sebabnya. Nak mengintai burung terbang kat luar rumah. Suruh dia lompat keluar tak mau pulak, cukup dapat tengok burung terbang ke sana sini. Ada 3 ekor burung yang memang suka lepak kat luar tu tak kira masa.
Jadilah penghibur masa sunyi. Memang seronok melayan keletahnya. Hilang penat.
17 Comments
kucing ni Sha suka tgk mata dia..geramm..cantikk
ReplyDeletecomelnya dia. bulu bersih. dulu pernah ada seekor kucing warna mcm nih. tapi dah mati. alahi...
ReplyDeletemesti dia tau dia comel..tu yang dia nak orang amik gambar dia
ReplyDeleteAlahai comelnya Mango! Haha. Saya teringin juga bela kucing tapi tak sesuai sebab sekarang rumah sewa dan dulu kat kampung adik elergi. jadi kenalah tunggu sampai ada rumah sendiri nanti. pheww...
ReplyDeleteAlololo..comel betul ..kadang kucing ni lebih faham apa yg kita cakap..better dr cakap ngan manusia..ehh..terluah perasaan sudah..huhuhu
ReplyDeleteAmboii .. mango pandai candid- candid yer . CCL pernah bergambar dengan kucing tapi kucing tak bagi kerjasama pulak .hehe
ReplyDeleteAlolo comelnya mango, bulu dia elok bersih je. Kesian dia orang yang melayannya tak ada. Teringat kucing kinah dulu. Tapi sekarang semua dah takde.
ReplyDeleteaww
ReplyDeleteso cute! I wish to meet her
untung siapa yang suka kan kucing nie.. :) mesti penyayang..
ReplyDeletebestnya I memang nak beli kucing tapi sekarang anak anak masih belum reti jaga takut depa dok lenyek lenyek lak kucing tu sebab kiut sangat haha
ReplyDeleteMemang comel Mango ni...gedik hahaha
ReplyDeleteAlahai comel..xpernah dgr nama mango pd kucing.hehe..tp tgk bulu die mmg sesuailah..
ReplyDeletealor comelnya..mesti dia suka bergambar
ReplyDeletehai Mango! comelnya awak... dapat gomol peluk cium best ni hhihihi
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
nampak bersih.. pandai jaga... sy xpandai sgt jaga kucing ni.. hehe tgk gambar je oke lah...
ReplyDeleteEh eh, rupa mango lebih kurang sama dengan kucing saya. Warna oren-putih jugak, umur baru 2 tahun.
ReplyDeleteComelnya kucing.
ReplyDeleteKita suka kucing tapi xreti la bab2 nak bela ni...