Dah lama tak update pasal resepi.  Blog pun dah macam terbiar je ni, seminggu nak naikkan satu entry pun jenuh!  Jangan macam tu, nanti lari peminat....hehe

Nak cari mood, nampak ada beberapa resepi yang akak belum update lagi kat sini.  Cari yang mudah nak cerita duu, maka kita sembang cara-cara menyediakan Nasi Ayam Penyet.  Ada banyak versi dan cara yang akak google. Kami ceduklah sikit-sikit idea resepi yang kami jumpa.  Tak pernah buat tapi rasa macam mudah nak disediakan.

Nasi Ayam Penyet Versi Kami

Penyediaannya ayam tidak susah sangat.  Ambil sedikit bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, jintan manis dan jintan putih.  Semuanya dikisar dan tambahkan sedikit air.  Ayam yang telah dibasuh, direndam masuk ke dalam bahan kisar ini sebab itu kena tambah air lebih sedikit.  Dah rendam biarkan, nanti nak goreng je lagi.  Ayam yang kami guna tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.  Seekor ayam belah 4 bahagian.

nasi ayam penyet, resepi mudah disediakan, masakan kegemaran anak-anak

Hasil daripada seekor ayam yang dibelah 4 bahagian.  Tapi kami kena beli 2 ekor ayam sederhana besar so jadilah 8 bahagian. Oleh kerana kami ada 5 orang masa ni sebab irfan belum habis exam, selebihnya bahagian ayam simpan.


Sementara ayam direndam, kita boleh sediakan sambalnya pulak.  Kami buatkan sambal terung goreng. Sambal terung ni mudah juga penyediaannya.  Buatkan sambal seperti biasa macam buat sambal ikan bilis, terung belah dua, sapukan sedikit kunyit dan garam. Goreng dengan minyak sedikit sampai terung lembik. Lepas tu campurkan dalam sambal yang sudah disediakan.

Sebelum goreng ayam, akak goreng tempe dulu.  Tempe potong lebar-lebar. Biasanya kalau goreng tempe, memang kena goreng lebih sebab peminat ramai kat rumah ni.  Kalau tak sorokkan yang nak guna, mesti habis diratah.  Lepas tu gorenglah ayam sampai sedikit garing.

nasi ayam penyet, resepi mudah disediakan, masakan kegemaran anak-anak

Lambatnya pada penyediaan ayam dan sambal sahaja. Tapi taklah lama sangat, sambil menggoreng boleh je korang sediakan sambalnya.  Sambal terung ni memang favorite kami sekeluarga.  Tak pernah tak habis.


Sambil tunggu ayam digoreng, panaskan secawan air dalam bekas yang sesuai. Akak panaskan dalam kuali sahaja.  Potongkan kacang panjang dan masukkan dalam air yang dipanaskan tadi.  Masukkan sedikit minyak masak dan biarkan kacang agak lecur sebelum diangkat.

Lepas siap ayam digoreng, ambil ayam letak atas papan pemotong.  Gunakan alat yang sesuai untuk mengetuk ayam tu sampai sedikit lerai.  Ketuk sikit je, jangan sampai berkecai pulak ayam tu korang ketuk.  Siap semua, bolehlah hidangkan.  Seekor ayam dapat 4 pinggan nasi ayam penyet versi kami.


nasi ayam penyet, resepi mudah disediakan, masakan kegemaran anak-anak
close up sikit hasil masakan kami.  Puas makan sebab masak sendiri.


Korang jangan lupa masak nasi tau. Masak nasi biasa aje.  Ada resepi menggunakan air rebusan ayam, tapi kami buat cara kami. Nasi biasa pun okay.

So, week end ni boleh lah korang cuba buat.  Senang banget!