Nasi Ayam Penyet Mudah Disediakan Versi Kami
Dah lama tak update pasal resepi. Blog pun dah macam terbiar je ni, seminggu nak naikkan satu entry pun jenuh! Jangan macam tu, nanti lari peminat....hehe
Nak cari mood, nampak ada beberapa resepi yang akak belum update lagi kat sini. Cari yang mudah nak cerita duu, maka kita sembang cara-cara menyediakan Nasi Ayam Penyet. Ada banyak versi dan cara yang akak google. Kami ceduklah sikit-sikit idea resepi yang kami jumpa. Tak pernah buat tapi rasa macam mudah nak disediakan.
Nasi Ayam Penyet Versi Kami
Penyediaannya ayam tidak susah sangat. Ambil sedikit bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, jintan manis dan jintan putih. Semuanya dikisar dan tambahkan sedikit air. Ayam yang telah dibasuh, direndam masuk ke dalam bahan kisar ini sebab itu kena tambah air lebih sedikit. Dah rendam biarkan, nanti nak goreng je lagi. Ayam yang kami guna tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar. Seekor ayam belah 4 bahagian.
Hasil daripada seekor ayam yang dibelah 4 bahagian. Tapi kami kena beli 2 ekor ayam sederhana besar so jadilah 8 bahagian. Oleh kerana kami ada 5 orang masa ni sebab irfan belum habis exam, selebihnya bahagian ayam simpan.
Sementara ayam direndam, kita boleh sediakan sambalnya pulak. Kami buatkan sambal terung goreng. Sambal terung ni mudah juga penyediaannya. Buatkan sambal seperti biasa macam buat sambal ikan bilis, terung belah dua, sapukan sedikit kunyit dan garam. Goreng dengan minyak sedikit sampai terung lembik. Lepas tu campurkan dalam sambal yang sudah disediakan.
Sebelum goreng ayam, akak goreng tempe dulu. Tempe potong lebar-lebar. Biasanya kalau goreng tempe, memang kena goreng lebih sebab peminat ramai kat rumah ni. Kalau tak sorokkan yang nak guna, mesti habis diratah. Lepas tu gorenglah ayam sampai sedikit garing.
Lambatnya pada penyediaan ayam dan sambal sahaja. Tapi taklah lama sangat, sambil menggoreng boleh je korang sediakan sambalnya. Sambal terung ni memang favorite kami sekeluarga. Tak pernah tak habis.
Sambil tunggu ayam digoreng, panaskan secawan air dalam bekas yang sesuai. Akak panaskan dalam kuali sahaja. Potongkan kacang panjang dan masukkan dalam air yang dipanaskan tadi. Masukkan sedikit minyak masak dan biarkan kacang agak lecur sebelum diangkat.
Lepas siap ayam digoreng, ambil ayam letak atas papan pemotong. Gunakan alat yang sesuai untuk mengetuk ayam tu sampai sedikit lerai. Ketuk sikit je, jangan sampai berkecai pulak ayam tu korang ketuk. Siap semua, bolehlah hidangkan. Seekor ayam dapat 4 pinggan nasi ayam penyet versi kami.
close up sikit hasil masakan kami. Puas makan sebab masak sendiri.
Korang jangan lupa masak nasi tau. Masak nasi biasa aje. Ada resepi menggunakan air rebusan ayam, tapi kami buat cara kami. Nasi biasa pun okay.
So, week end ni boleh lah korang cuba buat. Senang banget!
17 Comments
berbaloi masak sendiri kak. ana pun kalau teringin sgt pun masak sendiri dekat rumah makan ramai2. bila baca entri ni rasa nak makan pula ayam penyet.
ReplyDeleteSedap nya. Bella pun belum pernah cuba buat sendir resepi ayam penyet ni. Yang penting sambal ayam penyet tu kena sedap. Yang lain-lain tu agak mudah nak sediakan. Bolehlah saya cuba nanti.
ReplyDeletesedapnya..nasi ayam penyet jadi sedap bila sambalnya sedp..heehee..
ReplyDeleteWah..sedap ni kak..ayam penyet ni sambal dia tu yg bikin terangkat hahhaha...
ReplyDeletewow nampak sangat enaklah nanti nak cuba lah resepi ni, part tempe tu tak tahan
ReplyDeleteTiba-tiba teringin pulak nak buat nanti. Saya memang suka makan ayam penyet. Tapi lagi best kalau pece lele die. Ya Allah, sedapnya
ReplyDeleteMarsha suka nasi ayam penyet ni kak azi. Teringat wong solo la pulak
ReplyDeletenampak sedap ni, kak. nak cuba nt
ReplyDeleteThis week want to try doing Ayam penyet. My hubby like it.
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteNnt boleh try resipi akk ni
Sedapnya resepi nasi ayam penyet. Nanti ika nak try la.
ReplyDeleteTerliur ehh nampak ayam penyet ni.. baru ja makan tadi.. rasa nak makan lagi balik
ReplyDeleteAlamakkkk kecur liur dibuatnya! rindu masakan macam ni. simple pun sedap!
ReplyDeletenampaknya sedap your nasi ayam penyet! macam lebih sedap from outside one! haha
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
What a great meal! Looks delicious, I love ayam penyet gonna try this out.
ReplyDeleteNasi ayam penyet dah jadi makanan kegemaran saya sekarang, best ni boleh try jugak nanti kat rumah mesti puas hati
ReplyDeleteMudah dan ringkas sangat cara penyediaan nasi ayam penyet ni. Ingatkan susah sangat tu yang selalu makan dekat luar. ni dah tau cara-cara nak buat boleh try nanti. Tak sabar nak try sebab memang feveret ni.
ReplyDelete