Bila  masuk kerja lepas cuti yang agak panjang.  Nak cari mood semula untuk bersemangat menjalankan tugas-tugas harian.  Lepas lunch baru boleh luangkan masa layan blog pulak.  Banyak juga agenda yang nak kena buat.  Kita buat satu-satu.

Minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan edisi masak-masak samada oleh akak atau en hubby.  Memang mujur sangat dapat en hubby yang boleh diajak bertugas di dapur.  Bila anak-anak cuti sekolah, mak ayah memang kena kreatif supaya takde suara-suara kecil yang mengadu...ibu laparlah!  Dah lama tak buat kuih, maka akak pun merajinkan diri buat yang mudah dan simple.  Teringin nak makan popia goreng, maka bergerak ke kedailah mencari bahan-bahannya.


Seperti biasa konsep kuih muih yang akak buat adalah MUDAH DISEDIAKAN.  Memandangkan anak-anak dara dah habis exam, dapatlah pembantu untuk cepatkan kerja.  Cepat siap cepat boleh makan.



Popia Goreng Berinti Ketam



Bahan-bahannya 

1 paket kulit popia - beli sahaja di pasaraya ada macam-macam keluaran dan saiz.
1 paket isi ketam frozen - dalam pack ni ada 16 batang, akak guna separuh aje.
1 biji sengkuang - sederhana besar
1 batang karot
1 peket serbuk nasi goreng cina
1 biji telur-- gunakan putih telur sebagai gam


kuih segera, kuih frozen, kuih mudah disediakan, popia goreng


Cara menyediakannya pun mudah sangat.  Isi ketam korang hiris panjang-panjang.  Sengkuang dan karot pun hiris panjang-panjang juga.  Lepas hiris, sengkuang dan karot korang gaulkan sekali.  Kalau suka lebih sengkuang masuklah lebih, begitu juga dengan karot.  Edisi ini akak tak masukkan taugeh sebab mulanya bercadang buat banyak untuk dibekukan.


Selepas semua sedia, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak - dalam setengah sudu besar sahaja. Tak guna minyak pun tak apa.  Masukkan isi ketam dan biarkan sebentar.  Masukkan serbuk nasi goreng cina (akak guna yang serbuk, tak pernah cuba lagi guna yang pes). Gaul-gaulkan dan masukkan sengkuang serta karot.  Gaulkan dan biarkan semuanya agak layu dan lembut.


kuih segera, kuih frozen, kuih mudah disediakan, popia goreng



Dah siap intinya. Biarkan sejuk sekejap, sambil tu bolehlah sediakan tempat untuk mula menggulung popia. Telur putih digunakan sebagai gam kulit popia selepas isi inti dan gulung. Syafiah kata senang saja nak gulung tapi bila buat tak jadi cantik macam ibu buat. Haa...jangan ingat mudah ye kalau tak ada skill.  Nak buat kena sabar tak boleh cepat-cepat nak habis.  Bila dah cuba buat beberapa gulung barulah menjadi cantiknya.

kuih segera, kuih frozen, kuih mudah disediakan, popia goreng

kuih segera, kuih frozen, kuih mudah disediakan, popia goreng




Lepas siap bolehlah mula menggoreng.  Pastikan minyak panas supaya tak perlu goreng lama sebab kulit popia cepat garing.  Siap semua, boleh makan.  Cicah dengan sos thai pun sedap tau.  Asalnya memang akak rasa macam banyak. Dalam kepala dah plan nak frozen kan sedikit untuk sarapan esoknya.  Rupa-rupanya tak cukup korang! Huhu...laju je tangan masing-masing menyuap masuk mulut.  Alhamdulillah anak-anak suka.  Bolehlah nanti buat lagi.  Yang penting air tangan bonda!