Popia Goreng Berinti Ketam, Sedap dan Mudah Disediakan
Bila masuk kerja lepas cuti yang agak panjang. Nak cari mood semula untuk bersemangat menjalankan tugas-tugas harian. Lepas lunch baru boleh luangkan masa layan blog pulak. Banyak juga agenda yang nak kena buat. Kita buat satu-satu.
Minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan edisi masak-masak samada oleh akak atau en hubby. Memang mujur sangat dapat en hubby yang boleh diajak bertugas di dapur. Bila anak-anak cuti sekolah, mak ayah memang kena kreatif supaya takde suara-suara kecil yang mengadu...ibu laparlah! Dah lama tak buat kuih, maka akak pun merajinkan diri buat yang mudah dan simple. Teringin nak makan popia goreng, maka bergerak ke kedailah mencari bahan-bahannya.
Seperti biasa konsep kuih muih yang akak buat adalah MUDAH DISEDIAKAN. Memandangkan anak-anak dara dah habis exam, dapatlah pembantu untuk cepatkan kerja. Cepat siap cepat boleh makan.
Popia Goreng Berinti Ketam
Bahan-bahannya
1 paket kulit popia - beli sahaja di pasaraya ada macam-macam keluaran dan saiz.
1 paket isi ketam frozen - dalam pack ni ada 16 batang, akak guna separuh aje.
1 biji sengkuang - sederhana besar
1 batang karot
1 peket serbuk nasi goreng cina
1 biji telur-- gunakan putih telur sebagai gam
Cara menyediakannya pun mudah sangat. Isi ketam korang hiris panjang-panjang. Sengkuang dan karot pun hiris panjang-panjang juga. Lepas hiris, sengkuang dan karot korang gaulkan sekali. Kalau suka lebih sengkuang masuklah lebih, begitu juga dengan karot. Edisi ini akak tak masukkan taugeh sebab mulanya bercadang buat banyak untuk dibekukan.
Selepas semua sedia, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak - dalam setengah sudu besar sahaja. Tak guna minyak pun tak apa. Masukkan isi ketam dan biarkan sebentar. Masukkan serbuk nasi goreng cina (akak guna yang serbuk, tak pernah cuba lagi guna yang pes). Gaul-gaulkan dan masukkan sengkuang serta karot. Gaulkan dan biarkan semuanya agak layu dan lembut.
Dah siap intinya. Biarkan sejuk sekejap, sambil tu bolehlah sediakan tempat untuk mula menggulung popia. Telur putih digunakan sebagai gam kulit popia selepas isi inti dan gulung. Syafiah kata senang saja nak gulung tapi bila buat tak jadi cantik macam ibu buat. Haa...jangan ingat mudah ye kalau tak ada skill. Nak buat kena sabar tak boleh cepat-cepat nak habis. Bila dah cuba buat beberapa gulung barulah menjadi cantiknya.
Lepas siap bolehlah mula menggoreng. Pastikan minyak panas supaya tak perlu goreng lama sebab kulit popia cepat garing. Siap semua, boleh makan. Cicah dengan sos thai pun sedap tau. Asalnya memang akak rasa macam banyak. Dalam kepala dah plan nak frozen kan sedikit untuk sarapan esoknya. Rupa-rupanya tak cukup korang! Huhu...laju je tangan masing-masing menyuap masuk mulut. Alhamdulillah anak-anak suka. Bolehlah nanti buat lagi. Yang penting air tangan bonda!
27 Comments
wow.. tengok gambar je dah terliur... mmg sedap dan lazat dan menu menyihatkan sbb ada ditambah sayur tu, tambah2 lagi hasil air tangan ibu....
ReplyDeleteMasa bday dania bulan lepas SA buat jugak popia tp inti dada ayam yang SA goreng pas tu carik2 isinya..carrot ngan sengkuang mmg ada la..betul ckp kak azi..bila kita dh buat terus yang banyak jd x cukup
ReplyDeleteSedapnya. Boleh try nanti nih
ReplyDeletememang sedap popia ni. selalu juga buat popia ni sebab mudah disediakan. kalau Mai, letak keju sikit dalam gulungan tu. bertambah sedap hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Memang sedap sebab ibu dah buat. SIap tambah cheese lagi
ReplyDeleteHehe
cantiknya carrot n sengkuang tu you potong.
ReplyDeletemakan popia ni tak leh berhenti kan.
Look nice and crispy. I will try this weekend.
ReplyDeleteMenarik resepi bahan2 pun simple. Boleh cuba ni utk minum petang
ReplyDeleteThanks for the recipe. I'm sure my children would love to eat it too.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi resepi. Mudah dan bahan2 pun senag dpt. Boleh buat menu minum ptg.
ReplyDeleteCantik gulungan popia tu...
ReplyDeleteBoleh try resipi ni...
Thanks for sharing
kretifnya akk...nanti saya nak cuba buat resepi ni jugak
ReplyDeleteFuhh tengok nama resipi je dah telan air liur, inikan pula tengok gambar dan rasa sendiri. :D
ReplyDeleteMenarik resepi ni. Thank you share sebab biasanya aira buat sengkuang, carrot and taugeh tak goreng pun dulu hehe
ReplyDeletemacam berselera pulak akak nengok, resepi pon mudah, nak try ler. thanks for sharing
ReplyDeleteYummm.macam sedap pula. Tengok gambar dah cukup meliurkan
ReplyDeleteBest untuk teatime.
ReplyDeleteMudah sangat nak buat ni. Tak pernah cuba lagi popia inti ketam. Kena try buat juga.. nak rasa sedap dia macam mana.
ReplyDeleteMinyak nak banyak ke sedikit ye? Sy buat popia haritu macam banyak sangat minyak. Maklumlah pertama kalo mencuba. Terus lapar nak popia!
ReplyDeleteWah sedapnya nt nak cuba
ReplyDeleteResepi ni sesuai sangat untuk jamuan petang. Simple menarik dan sedap.
ReplyDeleteLiaHasty
www.liahasty.com
Antara fav kita, tapi tak pernah try yang inti ketam...
ReplyDeleteThe recipe seems easy and fast, I. gonna give it a try.
ReplyDeleteLaa..senang je rupanya nak.buat popia goreng.ni kak azi. Annur makan yangborg buat kemain sedap, tapi rasa macam tak mampu je nak biat sendiri. Ingatkan payah.
ReplyDeleterajinnya k.azi..boleh cuba nanti nie
ReplyDeleteLin pun suka buat gini. Buat banyak-banyak lepas tu frozenkan. Nak lg sedap boleh bubuh cheese.
ReplyDelete#TheRealBloggerMak
i got a lot of long crabsticks at home and keep thinking what should i do with this... then gotcha.. i got your recipe. Thanks a lot!!!
ReplyDeleteRacheal