Wonderful Asia By Traveloka Menjelajah Keunikan Ho Chi Minh City
Kempen Wonderful! Asia By Traveloka
Tak lama lagi hujung tahun dah.
Sekejap je kan? Tahun ni kalau
berkesempatan memang nak bawa anak-anak bercuti jauh sikit bagi anak-anak
rileks lepas bertungkus lumus dengan peperiksaan besar masing-masing. Dalam dok plan ke mana destinasi, datang pula
Kempen Wonderful! Asia By Traveloka
ni. Kali ini kempen menjurus kepada
tempat-tempat sejarah dan destinasi menarik pelancongan. Hmm memang menarik! Pilihlah Kempen
Wonderful! Asia By Traveloka kali ni
ialah ke Ho Chi Minh City. Promosi kempen ini akan berlangsung bermula 28 Julai (Jumaat) – 30 Julai (Ahad),
hanya 3 hari sahaja. Potongan sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan
melalui Traveloka App.
Sumber gambar : http://www.vietnamtourism.com
Apa Yang Menarik Di Ho Chi Minh City
Ho Chi Minh City merupakan
bandaraya terbesar di Vietnam. Sebelum
ini ianya dikenali sebagai Saigon. Pusat
bandarnya terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai
Mekong. Masa sekolah dulu memang Sungai
Mekong ni antara yang selalu di sebut bila belajar tentang sejarah mahupun
geografi. Kisah silam Saigon atau Bandar
Ho Chi Minh ni kebanyakannya berkisar
tentang peninggalan peperangan.
Namun begitu,saban kali ada cuti
yang panjang, memang akak kerap dengar kawan-kawan yang plan ke Ho Chi Minh
City ni. Menarik kata mereka . Selain dari banyak tempat sejarah dan
pelancongan yang boleh dikunjungi, Bandar Ho Chi Minh juga dikatakan antara
tempat hot untuk membeli belah . Hubby
akak pernah ditempatkan bertugas di sana beberapa tahun yang lalu. Tapi masa tu
akak tak ikut sama sebab anak-anak masih kecil dan bersekolah. Lagipun masa tu
hubby dihantar bertugas selama sebulan
sahaja, kalau lama dah tentu I follow!
Tempat Bersejarah Menarik Untuk Dikunjungi
Terowong Chu Chi
Merupakan tempat bersejarah yang
ada kaitan dengan askar gerila Vietnam semasa peperangan pada tahun 1968. Terowong ini dikatakan sebagai salah satu
jaringan bawah tanah yang dibina oleh tentera Vietnam semasa menuntut
kemerdekaan. Pelancong yang berkunjung ke sini juga akan berpeluang memasuki
dan berjalan di dalam terowong ini.
Palace Of
Independence
Lokasi ini dikatakan sangat
menarik untuk dikunjungi. Seperti berada
di Eropah antara komen mereka yang pernah ke sini. Ianya merupakan kediaman rasmi Presiden
Republik Vietnam Selatan semasa perang.
Pelancong yang berkunjungi di sini dapat merasai pengalama berada di
tempat tumpuan para pemimpin dengan dekorasi yang sangat cantik.
War Remnants Museum
Tempat bersejarah mesti ada
muzium. Muzium ini sangat unik dan
popular dengan lokasinya tidak jauh daripada Independence Palace. Di sini
terdapat pelbagai info dan gambar-gambar menarik tentang sejarah Vietnam dan
terdapat juga replica-replika sejarah yang dipamerkan.
Museum Of Ho Chi Minh City
Satu lagi muzium yang menarik
ialah Museum Of Ho CHi Minh City. Bangunan muzium yang banyak dipengaruhi oleh
Perancis ini kerana ianya dibina semasa zaman pemerintahan Perancis. Bagi
peminat sejarah jangan lepaskan perluang berkunjung ke sini. Korang yang
merancang ke sini, terdapat juga beberapa lagi lokasi sejarah yang menarik
untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.
Selain daripada lokasi sejarah dan lokasi menarik untuk bergambar, Bandar Ho Chi Minh juga terkenal sebagai pusat membeli belah dengan harga yang berpatutan. Korang yang datang ke sini jangan lupa singgah di salah satu pasar yang popular di sini iaitu Ben Thanh Market.
Pusat Membeli Belah Popular Di Ho Chi Minh City
Ben Thanh Market
Di sini dikatakan semuanya ada.
Asalkan korang pandai menawar harga belian, pasti barang yang korang minat
dapat korang miliki. Ben Thanh Market
juga dikenali sebagai syurga membeli pelbagai jenis kain daripada English
cotton, Vietnames cotton, Japanese silk, kain satin, kain lace dan
sebagainya. Boleh rambang mata
korang untuk memilih. Selain itu
terdapat juga pakaian yang dah siap, beg dan sebagainya dijual di sini. Korang juga boleh menempah pakaian dan siap
dalam masa sehari sahaja.
Bagi mereka yang berkunjung untuk
bershopping, ada lagi beberapa tempat
menarik yang korang boleh kunjungi selain daripada Ben Thanh Market. Antaranya :
- Pasar malam yang diadakan di luar Ben Thanh Market.
- Binh Tay Market
- Russian Market
- Dong Khoi Street – lokasi penjualan barangan dan fesyen yang lebih moden dan di sini terdapat pelbagai barangan jualan di butik-butik terkenal luar negara.
Korang boleh baca tips membeli belah di Ho Cin Minh City di
sini : thevocket.com
Teruja tak nak berkunjung ke
sini? Akak pun dah terfikir-fikir untuk memilih Ho Chi Minh City sebagai salah
satu destinasi untuk dikunjungi. Kalau korang bercadang untuk ke sini, Traveloka menawarkan harga potongan
yang menarik bukan sahaja pada tempahan penerbangan malahan juga tempahan
hotel. Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia malah tawaran yang
diberi adalah lebih hebat dari Matta Fair.
Dapatkan Potongan Diskaun Menarik Penerbangan dan Penginapan Dengan App Traveloka
Syarat –syaratnya :
- Hanya penerbangan ke Ho Chi Minh City (Vietnam) melalui Traveloka App sahaja.
- Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYHCM). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimun spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
- Booking period (flight) : 28 Julai (Jumaat) – 30 Julai (Ahad)
- Booking period (hotel) : selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
- Travel period : anytime
- Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi.
- Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 million muat turun (15 million download)
- Untuk destinasi lain, sila layari Traveloka
- Muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini di TRAVELOKA
So korang apa tunggu lagi. Tawaran hebat ni jangan lepaskan
peluang!
30 Comments
Water puppet tu pkg menarik kak azi. Ana sempat tgk show ni. Sg mekong pun best. Esok br nk buat entri tentang sg mekong ni :)
ReplyDeleteTeringin nak tengok budaya dan aktiviti di negara luar. Kena isi tabung ayam bagi penuh cepat-cepat ni
DeleteNampak macam best .. Masuk wishlist lah .. =)
ReplyDeleteSila-sila masukkan dalam wishlist
DeleteAda nampak Ben Thanh Market tu. Ish nak kirim kain boleh kak Zi hehe
ReplyDeleteKalau kak zi pergi boleh lah diwarwarkan hehhehe
DeleteBestnya. Jom kak zie kita pi shopping kat ho chin min
ReplyDeletejom kita kumpul duit blog..hehe
DeleteWah..banyak tempat menarik di vietnam. Boleh masuk dalam list ni
ReplyDeleteboleh sangat tu mai..sesekali kita ke luar negara
DeleteTawaran yang sangat hebat yang sukar ditolak ^-^
ReplyDeletecepat grab peluang ni
DeleteWowwwww...
ReplyDeletedah lama nak pergi nie..
Ikhlas Dari
Along Misuari
cepat booking along sementara ada harga menarik
DeleteSA dah pernah pi Ho Chi Minh dan sangat2 best tengok budaya orang..recommended.
ReplyDeletebetul tu SA..suka tengok budaya dan aktiviti di negara lain
DeleteSuka dengan tawaran traveloka. Tpi..xdpt gi ho chi min. Baby br je lahir. Kami pi dkat2 je booking hotel dgn traveloka
ReplyDeletebetul. kak zi pun dah beberapa kali booking guna traveloka. mudah dan cepat.
Deletemenarikkk 😍
ReplyDeletekannnn
Deletemenariknya ho chi minh sity lebih menarik dengan traveloka apps...mudah dan jimat
ReplyDeletebetul...mudah gunakan apps traveloka ni. page pun load laju
DeleteHi chin min ni mcm popular jugak rasanya. Bnyak travel blogger yg dh kesana, mcm destinasi wajib plak..
ReplyDeletebila ada yang menarik...mestilah ramai yang tertarik untuk berkunjung.
DeleteMenariknya kak azi...besttt
ReplyDeletenanti marsha planlah pi ngan family..
Deletenak pi! mcm best je sbb blum pernah ke luar negara lgi..huhu..
ReplyDeletejom isi tabung ayam dulu bagi penuh..
DeleteHusband penah smpai ke sini thn lps.company trip..tapi tak best sbb x boleh bawak family..hehe..husband ckp kat sana best part shopping..klu ke sana jgn lupa borong shawl neelofa..murahhh bangatt...
ReplyDeletehaha...tahun lepas dah kirim kawan macam2 jenis tudung. boleh tahan murahnya....kalau tuan badan ni yang pi tak tahulah macamana...
Delete