Kempen Wonderful! Asia By Traveloka


Tak lama lagi hujung tahun dah. Sekejap je kan?  Tahun ni kalau berkesempatan memang nak bawa anak-anak bercuti jauh sikit bagi anak-anak rileks lepas bertungkus lumus dengan peperiksaan besar masing-masing.  Dalam dok plan ke mana destinasi, datang pula Kempen Wonderful!  Asia By Traveloka ni.  Kali ini kempen menjurus kepada tempat-tempat sejarah dan destinasi menarik pelancongan. Hmm memang menarik!  Pilihlah Kempen Wonderful!  Asia By Traveloka kali ni ialah ke Ho Chi Minh City.   Promosi kempen ini akan berlangsung bermula 28 Julai (Jumaat) – 30 Julai (Ahad), hanya 3 hari sahaja.  Potongan sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan melalui Traveloka App.


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah

Sumber gambar : http://www.vietnamtourism.com


Apa Yang Menarik Di Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City merupakan bandaraya terbesar di Vietnam.  Sebelum ini ianya dikenali sebagai Saigon.  Pusat bandarnya terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong.  Masa sekolah dulu memang Sungai Mekong ni antara yang selalu di sebut bila belajar tentang sejarah mahupun geografi.  Kisah silam Saigon atau Bandar Ho Chi Minh ni kebanyakannya berkisar  tentang peninggalan peperangan.

Namun begitu,saban kali ada cuti yang panjang, memang akak kerap dengar kawan-kawan yang plan ke Ho Chi Minh City ni. Menarik kata mereka . Selain dari banyak tempat sejarah dan pelancongan yang boleh dikunjungi, Bandar Ho Chi Minh juga dikatakan antara tempat hot untuk membeli belah .  Hubby akak pernah ditempatkan bertugas di sana beberapa tahun yang lalu. Tapi masa tu akak tak ikut sama sebab anak-anak masih kecil dan bersekolah. Lagipun masa tu hubby  dihantar bertugas selama sebulan sahaja, kalau lama dah tentu I follow!

promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Sungai Mekong. Sumber gambar : http://perjalanankuberkelana.blogspot.my


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Menyusuri Delta Sungai Mekong. Sumber gambar http://mytripadventure.blogspot.my


Tempat Bersejarah Menarik Untuk Dikunjungi

Terowong Chu Chi

Merupakan tempat bersejarah yang ada kaitan dengan askar gerila Vietnam semasa peperangan pada tahun 1968.  Terowong ini dikatakan sebagai salah satu jaringan bawah tanah yang dibina oleh tentera Vietnam semasa menuntut kemerdekaan. Pelancong yang berkunjung ke sini juga akan berpeluang memasuki dan berjalan di dalam terowong ini.

promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Sumber gambar : http://www.vietnam-guide.com/ho-chi-minh-city


Palace Of Independence

Lokasi ini dikatakan sangat menarik untuk dikunjungi.  Seperti berada di Eropah antara komen mereka yang pernah ke sini.  Ianya merupakan kediaman rasmi Presiden Republik Vietnam Selatan semasa perang.  Pelancong yang berkunjungi di sini dapat merasai pengalama berada di tempat tumpuan para pemimpin dengan dekorasi yang sangat cantik. 


War Remnants Museum

Tempat bersejarah mesti ada muzium.  Muzium ini sangat unik dan popular dengan lokasinya tidak jauh daripada Independence Palace. Di sini terdapat pelbagai info dan gambar-gambar menarik tentang sejarah Vietnam dan terdapat juga replica-replika sejarah yang dipamerkan.


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Sumber gambar : http://www.vietnam-guide.com/ho-chi-minh-city


Museum Of Ho Chi Minh City

Satu lagi muzium yang menarik ialah Museum Of Ho CHi Minh City. Bangunan muzium yang banyak dipengaruhi oleh Perancis ini kerana ianya dibina semasa zaman pemerintahan Perancis. Bagi peminat sejarah jangan lepaskan perluang berkunjung ke sini. Korang yang merancang ke sini, terdapat juga beberapa lagi lokasi sejarah yang menarik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Sumber gambar : www.crossingtravel.com


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Water Puppet Show. Sumber gambar : http://perjalanankuberkelana.blogspot.my


Selain daripada lokasi sejarah  dan lokasi menarik untuk bergambar, Bandar Ho Chi Minh juga terkenal sebagai pusat membeli belah dengan harga yang berpatutan.  Korang yang datang ke sini jangan lupa singgah di salah satu pasar yang popular di sini iaitu Ben Thanh Market.


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Saigon Central Post Office . Sumber gambar http://itikkejam.blogspot.my


Pusat Membeli Belah Popular Di Ho Chi Minh City


Ben Thanh Market

Di sini dikatakan semuanya ada. Asalkan korang pandai menawar harga belian, pasti barang yang korang minat dapat korang miliki.  Ben Thanh Market juga dikenali sebagai syurga membeli pelbagai jenis kain daripada English cotton, Vietnames cotton, Japanese silk, kain satin, kain lace dan sebagainya.  Boleh rambang mata korang  untuk memilih. Selain itu terdapat juga pakaian yang dah siap, beg dan sebagainya dijual di sini.   Korang juga boleh menempah pakaian dan siap dalam masa sehari sahaja.

Bagi mereka yang berkunjung untuk bershopping,  ada lagi beberapa tempat menarik yang korang boleh kunjungi selain daripada Ben Thanh Market.  Antaranya :
  1. Pasar malam yang diadakan di luar Ben Thanh Market.
  2. Binh Tay Market
  3. Russian Market
  4. Dong Khoi Street – lokasi penjualan barangan dan fesyen yang lebih moden dan di sini terdapat pelbagai barangan jualan di butik-butik terkenal luar negara.
Korang boleh baca tips membeli belah di Ho Cin Minh City di sini : thevocket.com


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah
Terima kasih pada team the vocket kerana berkongsi info menarik ini.


Teruja tak nak berkunjung ke sini? Akak pun dah terfikir-fikir untuk memilih Ho Chi Minh City sebagai salah satu destinasi untuk dikunjungi. Kalau korang bercadang untuk ke sini, Traveloka menawarkan harga potongan yang menarik bukan sahaja pada tempahan penerbangan malahan juga tempahan hotel.  Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia malah tawaran yang diberi adalah lebih hebat dari Matta Fair.

   

Dapatkan Potongan Diskaun Menarik Penerbangan dan Penginapan Dengan App Traveloka


promosi traveloka, jalan-jalan budget murah, ho chi minh city, percutian budget murah



Syarat –syaratnya :

  • Hanya penerbangan ke Ho Chi Minh City (Vietnam) melalui Traveloka App sahaja.
  • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon  SEAFLYHCM).  Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138.  Minimun spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
  • Booking period (flight) : 28 Julai (Jumaat) – 30 Julai (Ahad)
  • Booking period (hotel) : selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
  • Travel period : anytime
  • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi.
  • Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 million muat turun (15 million download)
  • Untuk destinasi lain, sila layari Traveloka
  • Muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini di TRAVELOKA 


So korang apa tunggu lagi. Tawaran hebat ni jangan lepaskan peluang!

30 Comments

  1. Water puppet tu pkg menarik kak azi. Ana sempat tgk show ni. Sg mekong pun best. Esok br nk buat entri tentang sg mekong ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak tengok budaya dan aktiviti di negara luar. Kena isi tabung ayam bagi penuh cepat-cepat ni

      Delete
  2. Nampak macam best .. Masuk wishlist lah .. =)

    ReplyDelete
  3. Ada nampak Ben Thanh Market tu. Ish nak kirim kain boleh kak Zi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kak zi pergi boleh lah diwarwarkan hehhehe

      Delete
  4. Bestnya. Jom kak zie kita pi shopping kat ho chin min

    ReplyDelete
  5. Wah..banyak tempat menarik di vietnam. Boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat tu mai..sesekali kita ke luar negara

      Delete
  6. Tawaran yang sangat hebat yang sukar ditolak ^-^

    ReplyDelete
  7. Wowwwww...
    dah lama nak pergi nie..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat booking along sementara ada harga menarik

      Delete
  8. SA dah pernah pi Ho Chi Minh dan sangat2 best tengok budaya orang..recommended.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA..suka tengok budaya dan aktiviti di negara lain

      Delete
  9. Suka dengan tawaran traveloka. Tpi..xdpt gi ho chi min. Baby br je lahir. Kami pi dkat2 je booking hotel dgn traveloka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kak zi pun dah beberapa kali booking guna traveloka. mudah dan cepat.

      Delete
  10. menariknya ho chi minh sity lebih menarik dengan traveloka apps...mudah dan jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...mudah gunakan apps traveloka ni. page pun load laju

      Delete
  11. Hi chin min ni mcm popular jugak rasanya. Bnyak travel blogger yg dh kesana, mcm destinasi wajib plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada yang menarik...mestilah ramai yang tertarik untuk berkunjung.

      Delete
  12. nak pi! mcm best je sbb blum pernah ke luar negara lgi..huhu..

    ReplyDelete
  13. Husband penah smpai ke sini thn lps.company trip..tapi tak best sbb x boleh bawak family..hehe..husband ckp kat sana best part shopping..klu ke sana jgn lupa borong shawl neelofa..murahhh bangatt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tahun lepas dah kirim kawan macam2 jenis tudung. boleh tahan murahnya....kalau tuan badan ni yang pi tak tahulah macamana...

      Delete