Assalamualaikum wbt. Korang dapat bonus yer minggu ni? Bestkan! Bolehlah tampung-tampung duit belanja yang dah keluar banyak samada semasa cuti hujung tahun lepas ataupun persediaan anak-anak masuk sekolah semula.  Akak bukan penjawat awam so tunggu gaji bulan-bulan sajalah.

Biasanya antara perkara yang akan diambil maklum setiap awal tahun ialah jadual pembayaran gaji sepanjang tahun. Dengan adanya info tentang jadual pembayaran gaji ni, bolehlah korang buat persediaan atau mengatur corak perbelanjaan korang setiap bulan.  Jangan nanti, belum hujung bulan duit dalam poket dah tinggal syiling aje.

Ni akak sharekan jadual pembayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2017 ini.  Ada 3 kali pembayaran gaji awal. Ini bermakna kena betul-betul rancang sebab gaji bulan berikutnya di hujung bulan pula. 


jadual gaji penjawat awan 2017, jadual gaji 2017, jadual gaji kerajaan

Harap membantu korang semula dalam perancangan budget 2017.

1 Comments