Tips Ketika Kereta Rosak
Assalamualaikum wbt. Apa perasaan korang bila kereta tiba-tiba mati enjin kat depan traffic light? Berkali-kali cuba tetap tak boleh start jugak. Siapa pernah alami? Biasanya bila memandu dan nampak situasi begini, dalam hati mesti kata kesiannya orang tu, kereta rosak tengah jalan....tapi teruskan jugak pemanduan. Takkan akak nak berhenti pulak bila memandu sendiri. Tapi biasanya kalau di laluan pergi balik kerja, nanti bila sampai kat plaza tol akak bagitau juruwang kat situ ada kereta rosak kat tepi highway. Sekurang-kurangnya bagi alert kat diaorang.
Tiga hari lepas, akak baru mengalami situasi ini. Pucat, panik jugak sebab sorang-sorang dalam kereta dan merupakan pengalaman pertama kereta rosak tengah jalan ni. Call en suami, kelam kabut jugak lah jadinya sebab masing-masing tak jangka nak jadi. Dalam 5 minit jugaklah akak cuba fikir apa yang patut akak buat . Tambahan pulak waktu puncak orang ke tempat kerja. Mujur juga akan sempat halakan kereta ke jalan yang kurang kenderaan lalu, kalau tidak mesti pagi tu kereta akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Satu situasi yang kalau boleh nak elak ketika memandu bersendirian.
Kereta dah tolak tepi jalan. Mujur ada 3 orang abam sado yang datang membantu. Dalam kalut-kalut tak sempat nak ucap terima kasih pada salah seorangnya.
Apa perlu buat ?
Akak kongsi dengan korang apa yang perlu korang buat dan tahu bila kereta tiba-tiba rosak di tengah jalan.
1. Kurangkan rasa panik. Rasa panik mesti ada tapi korang boleh kurangkan dengan menarik nafas dan rilekskan diri.
2. Ambil handphone dan hubungi keluarga atau rakan-rakan yang korang rasa boleh membantu pada waktu itu. Orang yang pertama akak hubungi dah tentulah suami akak. Maklumkan tentang situasi ketika itu dan tanya apa perlu buat. Kemudian, akak hubungi kawan pejabat akak yang terdekat. Oleh kerana berlaku tidak jauh daripada lokasi pejabat, agak mudah sikit nak minta bantuan.
3. Pindahkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat dan tidak mengganggu lalulintas. Cuba dapatkan bantuan untuk tolak kenderaan ke tepi.
4. Hubungi mekanik yang biasa kenali, dapatkan nasihat lanjut. Yang ini akak serahkan pada en suami.
Apa yang perlu anda tahu ketika kenderaan rosak?
Oleh kerana kereta akak dah memang tak boleh nak hidupkan enjin maka perlulah gunakan khidmat tow truck. Masa ni yang akak dah mula buat kira-kira ringkas berapa ringgit malaysia yang akan hangus untuk baiki kereta ni nanti. Tiba-tiba teringatkan tol free syarikat insuran. Ha....pada anda yang tak tahu, sebenarnya syarikat insuran menyediakan khidmat `towing' kenderaan daripada tempat rosak ke bengkel pembaikan. Selamat sekurang-kurangnya 2-3 ratus jugak. Jadi pastikan anda tau tol free number syarikat insuran anda.
Dah lama guna, sesekali dia nak bermanja jugak...
Kos pembaikan juga boleh anda kurangkan kalau anda boleh usaha untuk membeli sendiri sparepart gantian yang diperlukan. Bukan jimat sikit yer...banyak jugak yang boleh dijimatkan tapi kenalah dapatkan info apa yang perlu dibeli daripada mekanik anda dahulu.
Harap perkongsian yang sedikit ini boleh membantu anda sekiranya mengalami situasi yang sama.