Assalamualaikum wbt

Diam tak diam lagi 11 hari cukup setahun akak guna azirahman.com sebagai  link blog akak. Tak sangka pulak masih boleh terus mengupdate cerita kat sini.  Dalam setahun ni (walaupun ada blog dah lama) entah berapa kali rasa give up dan nak undur diri. Tapi tak jadi....

Minggu lepas, dapat email daripada team NetKL untuk renew domain setahun lagi. Setakat ni akak guna NetKL ni takde masalah pun. Team depa ni pun cepat respon kalau ada isu dan senang kita nak berkomunikasi. Email cepat je jawap. 

Bagi yang baru nak bergerak secara aktif dan nak nama blog yang unik dan sesuai dengan citarasa sebagai blogger, bolehlah guna NetKL ni. Tak mahal pun, yang baru ni akak renew kena RM40 untuk setahun. Mula-mula dulu memanglah agak `liat' jugak nak buat. Tapi bila tengok kawan-kawan punya blog macam unik ajer guna nama sendiri dan letak .COM bukan letak blogspot.com, akak pun belilah domain sendiri. Korang jangan risau, entry tak hilang pun, cuma nama domain je berubah tetapi masih lagi bertapakkan blogspot juga (kalau korang guna blogspot la).

Cukup Setahun Jangan Lupa RENEW, netkl, renew domain


Pada yang berminat bolehlah rujuk link ni TUTORIAL BELI DOMAIN . Terima kasih adik-adik EFG yang rajin buat tutorial ni. 

1 Comments

  1. samalah azie, bulan mei ni kena renew dah, terkenanglah saat kita buat domain secara berjemaah dulu ye hihi.. )

    ReplyDelete