Sistem baru persekolahan

Assalamualaikum wbt

Cuti Maal Hijrah semalam menghabiskan masa tengok anak-anak buat kerja sekolah.  Lain benar pembelajaran sekarang dengan aku dulu. Dulu banyak masa  dok habis baca buku dan buat latihan. Sekarang ni, bukan setakat baca buku, buat latihan, pelajar juga perlu untuk membuat kerja kursus untuk subjek-subjek tertentu.  Aku dulu, kerja kursus ni mula buat masa dah masuk form 6. Kalau anak-anak nak tanya memang mak ayah pun kena buat sedikit ulangkaji la untuk fahamkan balik konsep pembelajaran sekarang.

budak sekolah sekarang, folio subjek, kerja kursus sekolah

Minggu lepas subjek lain, semalam subjek lain. Kakak kata ada 2 subjek lagi nak kena buat sebelum mengharungi peperiksaan akhir tahun.

Pendedahan awal memudahkan proses pembelajaran akan datang...in sha Allah

0 Comments