#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Hari ke 5 :

Pengalaman pahit di bulan ramadhan?..

Masa aku masih di sekolah rendah, sedang sibuk membuat persiapan berbuka dan pada masa yang sama mak dan kakak aku sedang sibuk membuat biskut raya, kami dikejutkan dengan siren bomba di jalan besar. Rumah kami tidak jauh daripada jalan besar. Aku berlari ke pintu....menyibukkan ...sibuk nak tengok apa yang berlaku.  Ternampak kepulan asap hitam di udara.  Jarak dalam 700 m dari rumah ..nampak pun samar-samar ajelah. Ohhh...ada rumah terbakar la mak....macam biasa aku jadi reporter, memaklumkan pada yang lain.

  Kerja diteruskan. Tak lama lepas tu kedengaran telefon berbunyi, abang aku yang angkat..sekejap sangat bercakapnya...berlari-lari dia keluar rumah. Rupanya kebakaran yang berlaku tu melibatkan rumah sewa yang kak long aku sekeluarga tinggal. Aduh masa tu masing-masing rasa macam tak jejak bumi. Tinggal semua dan cepat-cepat bergerak ke sana. Capai basikal, berkayuh laju-laju sebab aku teringatkan anak-anak sedara yang masih kecil lagi.

Sampai kat sana pun, rumah dah musnah, maklumlah rumah kayu memang cepat merebak tambah musim panas.  Alhamdulillah kak long dan anak-anak semua selamat walaupun tiada satupun barang dapat diselamatkan. Kebakaran berpunca dari rumah sebelah yang anaknya bermain dengan suiz plug yang rosak. Sedih tak tahu nak cakaplah. Hari berlakunya kejadian tu sebenarnya sehari menjelang aidilfitri. Kami menyambut ala kadar sahaja memandangkan banyak lagi perkara yang perlu kami buat untuk membantu kak long sekeluarga.

Sampai sekarang aku masih ingat lagi kejadian tersebut.  Selalu ingatkan anak-anak supaya tidak bermain atau cuba-cuba bermain dengan plug atau soket di rumah. Kita tak tahu bahaya yang mungkin berlaku.

Berhati-hati dan selalu beringat supaya keluarga selamat!!

#cabaran20hari

Baca cabaran sebelum ini




3 Comments

  1. Kenangan yang pahit untuk ditelan tapi hidup juga perlu diteruskan.. mujur tiada kehilangan nyawa.

    ReplyDelete
  2. sedihnye . kesian kalau rumah terbakar sebab barang semua tak dapat selamatkan . mau nangis kalau tengok rumah terbakar .

    ReplyDelete
  3. ya Allah..pengalaman pahit yang tak boleh di lupakan ni

    ReplyDelete