#Cabaran20Hari :Menu Wajib Bulan Puasa

Tuesday, June 30, 2015

#Cabaran20Hari

Assalamualaikum

Hari ke 4 :
Bulan puasa ni kadang-kadang tak tahu nak makan apa. Semakin bertambah hari puasa, semakin kurang selera makan. Dalam banyak-banyak makanan atau menu yang ada, kami sekeluarga suka makan murtabak. Pernah satu ketika, anak-anak request berbuka dengan murtabak hari-hari. Demam muak dibuatnya. Tapi disebabkan kesukaan anak-anak, kami ikutkan jugak. Sekarang ni pun dalam seminggu mesti jugak pekena murtabak ni 2 atau 3 kali waktu berbuka.  Adik wan kalau dah makan murtabak memang tak sentuh nasi dah.

#cabaran20hari, menu wajib bulan puasa, murtabak, salad, kerabu
Gambar pinjam google ajer...tq yer



Bagi aku dan hubby, 3 menu utama kami waktu berbuka ialah potongan buah-buahan yang kami jadikan salad, kerabu  dan juga ulam-ulaman dan sambal belacan. Bukan lah kena ada ketiga-tiga menu tersebut tapi wajib ada salah satu. Macam sama jer dengan menu sahur yer. Kerabu dan ulam memang tak pernah tinggal samada berbuka ataupun sahur, kalau takde rasa cam tak lengkap. Kerabu ni jadi pilihan sebab ada rasa masam-masam epal dan perahan lemon, tu yang membuka selera. Ulam pulak, pilihan aku ialah pucuk gajus..bukan semua ulam aku bedal. Bila ada rasa masam pahit-pahit sikit barulah ada selera makan tu ada sikit, kalau tak memang tak berusik sangat la nasi tu.

#cabaran20hari, menu wajib bulan puasa, murtabak, salad, kerabu
Kerabu epal pegaga....mengadap ni sajer pun boleh kenyang

Jom baca yang ni juga





You Might Also Like

8 comments

  1. Kak Azi...

    kerabu tu, nampak sedap sekali... nak resepi

    share sini : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap bonde...
      pi selongkar blog kak zi ada resepi kerabu pegaga epal tu

      Delete
  2. Wah...menu sihat ni....mohon share resepi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA gi selongkar blog kak zi ada resepi kerabu

      Delete
  3. kerabu epal tak pernah try lagi
    Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba nanti try kerabu epal tu.
      Insya Allah nani....life goes on...

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook