Makan Kerang Rebus di Wanis Char Kueyteau Nibong Tebal.   Semalam cuti Nuzul Quran, berehat secukupnya di rumah.  Kebelakangan ni banyak aktiviti 'back to back' yang kena buat, memang letih.  Lepas selesai semua urusan semalam,  tiba-tiba en hubby ajak keluar. Tengok jam dah pukul 10 malam kot tapi mata masing-masing tak mengantuk so layan kan saja la.  Siap-siap tanpa ada hala tuju lagi. Dah masuk kereta baru en hubby ajak pergi makan kerang rebus.  Ni dek viral kat tik tok la ni, kami pun terjahkan makan kerang rebus di Wanis Char Kueyteau di Nibong Tebal.  Tidaklah jauh sangat dalam setengah jam perjalanan daripada rumah, kalau tak jem.  Tapi malam tadi memang jalan clear.

Wanis Char Kueyteau, Nibong Tebal

masakan, jalan-jalan cari makan, kedai makan viral, kedai viral di pulau pinang

Inilah kedainya.  Dari simpang luar dah nampak lampu terang benderang tanda kedai buka walaupun hari cuti.  Ramai rupanya orang kat situ walaupun dah lewat malam.  Mujur barisan tak panjang dan parking tak susah.  


masakan, jalan-jalan cari makan, kedai makan viral, kedai viral di pulau pinang

Kat luar ni ada macam-macam jenis kerang, siput, kupang pun ada . Korang boleh pilih satu jenis atau campur-campur.  Selain itu, ada juga masakan goreng yang korang boleh order juga.  Kami order campuran kerang dan lain-lain serta sepinggan kueyteau goreng.  Nak raso-raso ja.


masakan, jalan-jalan cari makan, kedai makan viral, kedai viral di pulau pinang

Belangkas pun ada.  Akak tengok ramai juga yang order belangkas bakar tapi kami tak order.  Dulu masa remaja makan juga telur belangkas tapi isi belangkas ni belum pernah cuba lagi.


masakan, jalan-jalan cari makan, kedai makan viral, kedai viral di pulau pinang

masakan, jalan-jalan cari makan, kedai makan viral, kedai viral di pulau pinang

Inilah yang kami order.  Kerang rebus ni disertai dengan 3 jenis pencicah - air asam, sos cili dan juga kuah kacang.  Tak pernah makan kerang rebus dengan kuah kacang tapi rasanya lebih sesuai  kalau diberi kicap cili potong, lebih menarik !  Korang boleh juga cuba kueyteaunya...sedap !

Kesimpulannya - okaylah kalau korang makan sambil sembang-sembang.  Pekerja kedai ni pun cepat dan tangkas juga, tak ada nampak kelam kabut, semua tau kerja masing-masing.  

Kalau korang nak singgah, akak share lokasinya. Bulan puasa ni buka sampai jam 130 pagi.


8 Comments

  1. sedapnye kerang cicah asam.. kami x pernah mkn belangkas.. dlu waktu kecik2 kami buang je belangkas ni kalau tersangkut pada jalan sebab xboleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap dapat cicah air asam, dengan kicap potong cili padi pun sedap juga.

      Delete
  2. feveret saya tuh kalau kerang rebus..

    ReplyDelete
  3. fuyoo macam2 makanan ada kat sini sampai belangkas pun ada tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tapi tak tergerak lagi nak rasa isi belangkas.

      Delete