Resipi Vietnam Pho Mee.  Pertama kali cuba.  Juga dikenali sebagai  Mee Sup Daging Vietnam.  Mudah je nak sediakan.  Boleh tahan juga rasanya.  Kalau korang tak tahu dah nak mask menu apa dan tak nak makan nasi, korang boleh cuba buat Vietnam Pho Mee ni.  Akak tengok kebanyakan resipi yang dikongsikan, lebih kurang sahaja bahannya.  Kami pun buat tengok resipi di google sahaja dan ubahsuai ikut rasa dan bahan apa yang ada di rumah.


makanan viral, menu mudah, menu sedap, masakan daging, masakan mee. menu die

Makan sorang semangkuk je tapi puashati sangat, yang penting kenyang.


BAHAN-BAHAN:

Daging lembu segar - hiris nipis dan basuh. Akak guna dalam 20 hirisan sahaja.
Halia - beberapa hirisan
Bahan Tumis:
Bawang besar/bawang holland - sebelah dan racik
Bawang putih - 4-5 ulas
Akar ketumbar

Bahan Tumis :
kulit kayu manis (3 sekawan tambahan )
bawang putih hiris
bawang merah hiris
biji lada hitam (tambahan)
sup bunjut
garam, gula
sos ikan

Bahan Lain:

Kueh teow vietnam - kami guna kuey teow biasa sahaja sebungkus boleh buat 3 mangkuk
Daun ketumbar  (hiris-hiriskan)
Tauge - celur sekejap dalam air panas, kalau tak suka tak perlu masukkan
Thai basil (ambil daun-daun sahaja)
Limau nipis atau kasturi
Lada hitam - 5, 6 butir

Bahan kuah cili:

Bawang putih - 4-5 ulas diketuk sedikit
minyak masak - 1 sudu
cili flake


CARA PENYEDIAAN:

Cuci daging, masukkan air dalam periuk agak-agak tenggelam daging. Rebus sampai empuk dan masukkan  garam, gula dan sos ikan. Rebus sehinga empuk, jangan lupa tambah air setiap kali air dah kering. Bila dah empuk, dagingnya akak keluarkan letak dalam pinggan lain.

Dalam kuali, boleh tumis bahan tumis yang dinyatakan tadi dan tambah sedikit perasa jika perlu.  Masukkan bahan tumis tadi dalam rebusan daging.  Biarkan sampai daging empuk.

Sambil tunggu tu, boleh buat kuah cili.  Caranya mudah sangat.  Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang korang dah ketuk sedikit tadi dan masukkan cili flake.  

Bila dah masak boleh hidangkan bersama kuey teow dan bahan-bahan lain. Kuey teow tadi tu akak basuh sekejap dengan air panas dan toskan.


makanan viral, menu mudah, menu sedap, masakan daging, masakan mee. menu die

Bahan-bahan sampingan tauge, hirisan daun ketumbar, thai basil, hirisan daging yang dah direbus empuk dan hilisan limau.

makanan viral, menu mudah, menu sedap, masakan daging, masakan mee. menu die

Kuah cili akak nampak agak merah sebab akak gunakan baki minyak sambal yang akak simpan. Biasanya kalau buat sambal, tak kiralah sambal bilis, sambal telur atau sambal ikan, ada saki baki minyak tu akak akan simpan dalam satu bekas.  Minyak tulah yang akak gunakan tumis dengan bawang putih dan masukkan cili flake.

makanan viral, menu mudah, menu sedap, masakan daging, masakan mee. menu die

makanan viral, menu mudah, menu sedap, masakan daging, masakan mee. menu die

Kuey teownya dah tak nampak dibawah lepas ditimbuni dengan bahan-bahan lain.  Tabur sedikit kuah cili dan curahlah sup ikut suka korang nak banyak mana.


makanan viral, menu mudah, menu sedap, masakan daging, masakan mee. menu diet

Kalau nak lebih pedas, boleh juga masukkan potongan cili padi. Gaulkan semua dan sedia untuk dimakan.

Cubalah !


11 Comments

  1. Sedap nampaknya tu Kak... Nak kena cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akak , sedap masakan macam ni, mudah disediakan.

      Delete
  2. pho mee tapi mana mee nye? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya guna meevietnam tapi tak ada. Jadi kami guna kuey teow biasa sahaja.. Nama menunya begitu, tak sesuai pula nak mengubahnya hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau minat yang bersup memang kena cuba menu ni.

      Delete
  4. nampak sedap... tertelan air liur tengok gambr..

    ReplyDelete
  5. kebelakangan ni nieyl pun asyik craving sup-sup je, tapi nak yang masak sendiri..tq share resepi , nanti ada masa boleh buat juga ni...

    ReplyDelete
  6. Uish…menggoda sungguh ni. Puas hati makan meriah bahan-bahannya.

    ReplyDelete
  7. uishhh sedapnyaaa sup sup ni!

    ReplyDelete
  8. wah sedapnya boleh cuba buat nanti ni

    ReplyDelete