Resipi Vietnam Pho Mee
Resipi Vietnam Pho Mee. Pertama kali cuba. Juga dikenali sebagai Mee Sup Daging Vietnam. Mudah je nak sediakan. Boleh tahan juga rasanya. Kalau korang tak tahu dah nak mask menu apa dan tak nak makan nasi, korang boleh cuba buat Vietnam Pho Mee ni. Akak tengok kebanyakan resipi yang dikongsikan, lebih kurang sahaja bahannya. Kami pun buat tengok resipi di google sahaja dan ubahsuai ikut rasa dan bahan apa yang ada di rumah.
BAHAN-BAHAN:
Halia - beberapa hirisan
Bahan Tumis:
Bawang besar/bawang holland - sebelah dan racik
Bawang putih - 4-5 ulas
Akar ketumbar
Bahan Tumis :
kulit kayu manis (3 sekawan tambahan )
bawang putih hiris
bawang merah hiris
biji lada hitam (tambahan)
sup bunjut
Bahan Lain:
Daun ketumbar (hiris-hiriskan)
Tauge - celur sekejap dalam air panas, kalau tak suka tak perlu masukkan
Thai basil (ambil daun-daun sahaja)
Limau nipis atau kasturi
Lada hitam - 5, 6 butir
Bahan kuah cili:
minyak masak - 1 sudu
cili flake
CARA PENYEDIAAN:
Cuci daging, masukkan air dalam periuk agak-agak tenggelam daging. Rebus sampai empuk dan masukkan garam, gula dan sos ikan. Rebus sehinga empuk, jangan lupa tambah air setiap kali air dah kering. Bila dah empuk, dagingnya akak keluarkan letak dalam pinggan lain.
Dalam kuali, boleh tumis bahan tumis yang dinyatakan tadi dan tambah sedikit perasa jika perlu. Masukkan bahan tumis tadi dalam rebusan daging. Biarkan sampai daging empuk.
Sambil tunggu tu, boleh buat kuah cili. Caranya mudah sangat. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang korang dah ketuk sedikit tadi dan masukkan cili flake.
Bila dah masak boleh hidangkan bersama kuey teow dan bahan-bahan lain. Kuey teow tadi tu akak basuh sekejap dengan air panas dan toskan.
16 Comments
Sedap nampaknya tu Kak... Nak kena cuba ni...
ReplyDeletePada akak , sedap masakan macam ni, mudah disediakan.
Deletepho mee tapi mana mee nye? huhu
ReplyDeleteSepatutnya guna meevietnam tapi tak ada. Jadi kami guna kuey teow biasa sahaja.. Nama menunya begitu, tak sesuai pula nak mengubahnya hehe
DeleteNampak sedap . Boleh cuba ni .
ReplyDeleteKalau minat yang bersup memang kena cuba menu ni.
Deletenampak sedap... tertelan air liur tengok gambr..
ReplyDeletesedap juga pada citarasa kami.
Deletekebelakangan ni nieyl pun asyik craving sup-sup je, tapi nak yang masak sendiri..tq share resepi , nanti ada masa boleh buat juga ni...
ReplyDeleteboleh cuba, memang sedap hirup sup.
DeleteUish…menggoda sungguh ni. Puas hati makan meriah bahan-bahannya.
ReplyDeleteBetul....kalau buat sendiri memang boleh meriahkan bahan-banahnnya.
Deleteuishhh sedapnyaaa sup sup ni!
ReplyDeletememang sedap hirup sup-sup ni tambah pula ada rasa pedas masam sikit-sikit
Deletewah sedapnya boleh cuba buat nanti ni
ReplyDeleteSilalah mencuba, senang sahaja .
Delete