Jom buat kerabu mangga. Kerabu mangga adalah antara menu yang akak suka bila tak ada selera makan.  Kerabu ni biasanya akan jadi pemhuka selera. Kalau sihat, bertambah berseleralah makan kalau ada meju ni.


Resipi Mudah Kerabu Mangga


menu diet, menu simple, jenis kerabu, kerabu mudah


Bahan-bahan:

1 biji mangga muda - sebaiknya cari yang rasanya lemak-lemak tak masam
1 biji bawang besar
Limau  nipis - ambil perahannya
Cili padi
Daun ketumbar
Gula nise /gula pasir pun boleh/ madu pun boleh
Sos ikan
Tomato
*optional  - boleh guna udang kering,  kacang tanah goreng


menu diet, menu simple, jenis kerabu, kerabu mudah

Cara: 

  • Hiriskan mangga, bawang besar, cili padi daun ketumbar dan tomato.
  • Perahkan limau nipis
  • Satukan dan gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas
  • masukkan juga gula dan sos ikan
  • Rasalah masam,masin,manisnya
Dah siap untuk dihidangkan.  Memang mudah untuk disediakan.  Akak juga pernah share resipi kerabu Epal  Pegaga di  sini ----- KERABU EPAL DAN PEGAGA

Kalau makan kerabu sahaja pun dah menyenyangkan.  Buat korang yang sedang on diet bolehlah cuba makan kerabu ni dengan sedikit nasi pun dah mencukupi.

Sharing pendek sahaja di hujung minggu.  Lepas ni nak share resipi apa pulak yer?


14 Comments

  1. Kerabu ni ratah² gitu pun sedapkan Kak?
    Sy plan nak buat kerabu perut tapi byk pula lauk lain, esok² je la 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila buat sendiri memang boleh ratah je, kalau makan di kedai tak bolehlah makan banyak

      Delete
  2. kalau musim mangga ..ni antara menu yang ccl kerap buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tapi suka guna mangga yang lemak-lemak gitu, baru boleh makan begitu sahaja

      Delete
  3. sedap ni mangga.. kalau sini buah cincang mcm ni makan dengan santan yg dicampur mcm2.. sedap.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah makan lagi dengan santan, boleh cuba nanti.

      Delete
  4. ahahhh! ini nak kena try nti ni! hehehe

    ReplyDelete
  5. Aduhh terliurnya. Makan saje pun best ni....

    ReplyDelete
  6. dulu mama tak makan kerabu mangga ni tapi rupanya mmg sedap. lepas tu mama suka dah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap...makan dengan nasi panas sahaja pun sedap

      Delete
  7. Aduh.. Sedapnya. Kegemaran saya ni..

    ReplyDelete