Jom buat kerabu mangga. Kerabu mangga adalah antara menu yang akak suka bila tak ada selera makan.  Kerabu ni biasanya akan jadi pemhuka selera. Kalau sihat, bertambah berseleralah makan kalau ada meju ni.


Resipi Mudah Kerabu Mangga


menu diet, menu simple, jenis kerabu, kerabu mudah


Bahan-bahan:

1 biji mangga muda - sebaiknya cari yang rasanya lemak-lemak tak masam
1 biji bawang besar
Limau  nipis - ambil perahannya
Cili padi
Daun ketumbar
Gula nise /gula pasir pun boleh/ madu pun boleh
Sos ikan
Tomato
*optional  - boleh guna udang kering,  kacang tanah goreng


menu diet, menu simple, jenis kerabu, kerabu mudah

Cara: 

  • Hiriskan mangga, bawang besar, cili padi daun ketumbar dan tomato.
  • Perahkan limau nipis
  • Satukan dan gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas
  • masukkan juga gula dan sos ikan
  • Rasalah masam,masin,manisnya
Dah siap untuk dihidangkan.  Memang mudah untuk disediakan.  Akak juga pernah share resipi kerabu Epal  Pegaga di  sini ----- KERABU EPAL DAN PEGAGA

Kalau makan kerabu sahaja pun dah menyenyangkan.  Buat korang yang sedang on diet bolehlah cuba makan kerabu ni dengan sedikit nasi pun dah mencukupi.

Sharing pendek sahaja di hujung minggu.  Lepas ni nak share resipi apa pulak yer?