Staycation di The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak.  Baru nak cerita pasal staycation ni, dah banyak bulan juga trip ke sini baru nak share.  Banyak pending post sebenarnya ni, kita kayuh perlahan-lahan.  The Haven All Suite Resort ni terletak di Ipoh, Perak.  Lokasinya tidak jauh daripada Lost World of Tambun dan sekitarnya.  The Haven dikelilingi dengan suasana damai dan tenang.  Sesuai untuk korang yang nak jauh dari suasana bandar bersama keluarga. 

Berkongsi sebahagian gambar semasa kami menginap di sini. Oleh kerana penginapan satu malam sahaja, kami tak sempat nak explore The Haven ni sepenuhnya.


staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

The Haven All Suite Resort ni terdiri daripada beberapa blok penginapan.  Korang boleh pilih untuk menginap di bilik mengadap tasik dan kolam atau mengadap bahagian taman hadapan.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Bahagian belakang ni selain ada kolam mandi, ada tasik dan tempat jalan-jalan ambil angin.  Tempat makan juga terletak di bahagian belakang ni.  Selepas check in, korang diberi  'complimentary  drink' .  Air serai dan beberapa herba lain.  Lepas minum rasa segar tapi anak-anak tak boleh telan katanya, minuman herba kan bukannya ada rasa manis atau masamnya.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Pemandangan dari restoran sambil menikmati minuman free.  Masa ni hujan rintik-rintik.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Tepi tasik ni ada jambatan yang disediakan sebagai laluan pejalan kaki beriadah sekeliling resort.  Luas juga sebenarnya resortnya. Boleh buat teambuliding juga.  Petang dan pagi ramailah penghuni kat sini berjogging dan brisk walk dengan keluarga.  Akak pun tak ketinggalan juga, mengeluarkan peluh dengan anak-anak.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Akak ambil suite 3 bilik, satu bilik master dan dua lagi lebih kecil dengan satu bilik katil queen dan satu lagi bilik  katil single sahaja, ada dua bilik air dan pantry yang lengkap dengan peti ais, microwave, mesin kopi dan mesin air coway.  Dalam master badroom ada satu lagi tv selain tv di ruang tamu.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Bilik kedua - katil queen. Bilik kedua dan ketiga berkongsi bilik air di bahagian luar. 

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Bilik ketiga - katil single.  Ketiga-tiga bilik ada pendingin hawa.  

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Ruang makan ada pantry juga.  Suite ini bahagian belakangnya mengadap tasik.  Ruang makan dan ruang tamunya bersambung .  

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Di tepi ruang tamu ada koridor, boleh lepak-lepak sambil minum petang menikmati pemandangan bukit-bukit.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Tak ingat pula akak stay suite tingkat berapa.  Pemandangan bawah daripada koridor bilik akak.  

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Di sekeliling tasik ini ada laluan pejalan kaki.  Di sepanjang laluan pejalan kaki ni adalah tarikan untuk anak-anak. Contohnya replika dinasour ni.  Ada juga taman arnab dan lain-lain lagi.  Pastinya sambil berjalan boleh berhenti layan anak-anak.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Maaflah yer, gambar pun dah tak tersusun.  Ni area dapur. Kalau ada makanan yang korang bawa, bolehlah panaskan dalam microwave tu.  The Haven ni jauh sedikit daripada pekan jadi eloklah korang bawa bekalan yang sesuai.  Jangan risau tempat simpanan, peti ais dia besar yer.

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

staycation, tempat menarik di Ipoh, cuti bersama keluarga, healing

Bangunan yang ada main entrance ke lobby resort.  Tempat parking juga banyak, tak perlu risau.

Secara keseluruhannya, kalau korang dan family nak santai-santai berehat memang sesuailah tempat ini. Kalau company nak buat teambuilding pun menarik juga.  Lokasinya tidaklah dekat dengan pekan Ipoh tapi taklah jauh sangat.  Pelbagai aktiviti juga boleh dijalankan di sini. Makanan pun okay.  Banyak lagi yang akak tak sempat explore, kena datang lagi dan stay lama sikit.

Korang boleh dapatkan lebih info di laman sesawang resort ini di  TheHavenResort


20 Comments

  1. nampak tenang je suasana kat sekitar sini...seronok..briskwalk pun enjoy tengok view hijau sekeliilng..

    ReplyDelete
  2. cantik accommodation nya. puas hati gak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa dan luas kalau nak bercuti dengan family.

      Delete
  3. Cantik hotelnya..ni la yg viral kejap dulu kan...ramai blogger pi review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu...viral review blogger tapi tempat dia memang sesuai untuk berehat dengan keluarga.

      Delete
  4. Nampak macam best je kat sini kalau nak bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang ramai-ramai, baru seronok beraktiviti

      Delete
  5. oooo dia mcm konsep rumah aprtment la ye...

    ReplyDelete
  6. pernah check in sekali di sini tapi lama dah la.. nampak macam tak banyak yg berubah dan dinosaur tu still wujud :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak banyak perubahan. Saya baru pertama kali ke sini.

      Delete
  7. sukaa kalau hotel yg konsep dia alam semula jadi ni...

    ReplyDelete
  8. Apartment di tepi..nice..senang makan² itu yg best..boleh masak² jg..

    ReplyDelete
  9. menariknya, ada taman boleh tgk pony lagi ye.. boleh masuk wishlist ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba stay kat sini. Kawasan luas, boleh beriadah dengan family.

      Delete
  10. ada rezeki nanti nak stay jugalah kat sini 1 hari nanti. sebab nampak sgt best dan tenang jeee👍👍👍

    ReplyDelete
  11. ada rezeki nanti nak stay jugalah kat sini 1 hari nanti. sebab nampak sgt best dan tenang jeee👍👍👍

    ReplyDelete