Staycation Di The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak
Staycation di The Haven All Suite Resort, Ipoh Perak. Baru nak cerita pasal staycation ni, dah banyak bulan juga trip ke sini baru nak share. Banyak pending post sebenarnya ni, kita kayuh perlahan-lahan. The Haven All Suite Resort ni terletak di Ipoh, Perak. Lokasinya tidak jauh daripada Lost World of Tambun dan sekitarnya. The Haven dikelilingi dengan suasana damai dan tenang. Sesuai untuk korang yang nak jauh dari suasana bandar bersama keluarga.
Berkongsi sebahagian gambar semasa kami menginap di sini. Oleh kerana penginapan satu malam sahaja, kami tak sempat nak explore The Haven ni sepenuhnya.
The Haven All Suite Resort ni terdiri daripada beberapa blok penginapan. Korang boleh pilih untuk menginap di bilik mengadap tasik dan kolam atau mengadap bahagian taman hadapan.
Bahagian belakang ni selain ada kolam mandi, ada tasik dan tempat jalan-jalan ambil angin. Tempat makan juga terletak di bahagian belakang ni. Selepas check in, korang diberi 'complimentary drink' . Air serai dan beberapa herba lain. Lepas minum rasa segar tapi anak-anak tak boleh telan katanya, minuman herba kan bukannya ada rasa manis atau masamnya.
Pemandangan dari restoran sambil menikmati minuman free. Masa ni hujan rintik-rintik.
Tepi tasik ni ada jambatan yang disediakan sebagai laluan pejalan kaki beriadah sekeliling resort. Luas juga sebenarnya resortnya. Boleh buat teambuliding juga. Petang dan pagi ramailah penghuni kat sini berjogging dan brisk walk dengan keluarga. Akak pun tak ketinggalan juga, mengeluarkan peluh dengan anak-anak.
Akak ambil suite 3 bilik, satu bilik master dan dua lagi lebih kecil dengan satu bilik katil queen dan satu lagi bilik katil single sahaja, ada dua bilik air dan pantry yang lengkap dengan peti ais, microwave, mesin kopi dan mesin air coway. Dalam master badroom ada satu lagi tv selain tv di ruang tamu.
Bilik kedua - katil queen. Bilik kedua dan ketiga berkongsi bilik air di bahagian luar.
Bilik ketiga - katil single. Ketiga-tiga bilik ada pendingin hawa.
Ruang makan ada pantry juga. Suite ini bahagian belakangnya mengadap tasik. Ruang makan dan ruang tamunya bersambung .
Di tepi ruang tamu ada koridor, boleh lepak-lepak sambil minum petang menikmati pemandangan bukit-bukit.
Tak ingat pula akak stay suite tingkat berapa. Pemandangan bawah daripada koridor bilik akak.
Di sekeliling tasik ini ada laluan pejalan kaki. Di sepanjang laluan pejalan kaki ni adalah tarikan untuk anak-anak. Contohnya replika dinasour ni. Ada juga taman arnab dan lain-lain lagi. Pastinya sambil berjalan boleh berhenti layan anak-anak.
Maaflah yer, gambar pun dah tak tersusun. Ni area dapur. Kalau ada makanan yang korang bawa, bolehlah panaskan dalam microwave tu. The Haven ni jauh sedikit daripada pekan jadi eloklah korang bawa bekalan yang sesuai. Jangan risau tempat simpanan, peti ais dia besar yer.
Bangunan yang ada main entrance ke lobby resort. Tempat parking juga banyak, tak perlu risau.
Secara keseluruhannya, kalau korang dan family nak santai-santai berehat memang sesuailah tempat ini. Kalau company nak buat teambuilding pun menarik juga. Lokasinya tidaklah dekat dengan pekan Ipoh tapi taklah jauh sangat. Pelbagai aktiviti juga boleh dijalankan di sini. Makanan pun okay. Banyak lagi yang akak tak sempat explore, kena datang lagi dan stay lama sikit.
Korang boleh dapatkan lebih info di laman sesawang resort ini di TheHavenResort
20 Comments
nampak tenang je suasana kat sekitar sini...seronok..briskwalk pun enjoy tengok view hijau sekeliilng..
ReplyDeletebetul, best pagi-pagi pi briskwalk
Deletecantik accommodation nya. puas hati gak kan.
ReplyDeleteSelesa dan luas kalau nak bercuti dengan family.
DeleteCantik hotelnya..ni la yg viral kejap dulu kan...ramai blogger pi review
ReplyDeleteBetullah tu...viral review blogger tapi tempat dia memang sesuai untuk berehat dengan keluarga.
DeleteNampak macam best je kat sini kalau nak bercuti.
ReplyDeletekena datang ramai-ramai, baru seronok beraktiviti
Deleteoooo dia mcm konsep rumah aprtment la ye...
ReplyDeleteBetul tu.
Deletepernah check in sekali di sini tapi lama dah la.. nampak macam tak banyak yg berubah dan dinosaur tu still wujud :D
ReplyDeleteMungkin tak banyak perubahan. Saya baru pertama kali ke sini.
Deletesukaa kalau hotel yg konsep dia alam semula jadi ni...
ReplyDeleteBetul tu, tenang nak berehat.
DeleteApartment di tepi..nice..senang makan² itu yg best..boleh masak² jg..
ReplyDeleteBolehlah panas-panas kan makanan.
Deletemenariknya, ada taman boleh tgk pony lagi ye.. boleh masuk wishlist ni
ReplyDeletebolehlah cuba stay kat sini. Kawasan luas, boleh beriadah dengan family.
Deleteada rezeki nanti nak stay jugalah kat sini 1 hari nanti. sebab nampak sgt best dan tenang jeee👍👍👍
ReplyDeleteada rezeki nanti nak stay jugalah kat sini 1 hari nanti. sebab nampak sgt best dan tenang jeee👍👍👍
ReplyDelete