Dah masuk bulan Ogos dah pun.  Kejap je kan. Menghampiri hujung tahun mesti ramai antara korang yang dah mula merancang percutian hujung tahun.  Akak sebenarnya teringin nak buat perjalanan ala-ala backpacker.  Tapi sebelum tu kenalah cari-cari juga tips yang memudahkan persediaan dan perjalanan seorang backpacker.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google

Tips Seorang Backpacker Yang Perlu Anda Tahu Dan Cuba


1. Sediakan Itinerary Perjalanan

Biasanya bila dah sediakan itinerary perjalanan, perjalanan akan jadi lebih mudah dan lancar.  Apatah lagi bagi yang baru nak ber backpacker.  Itinerary perjalanan biasanya diisi dengan perancangan jadual perjalanan korang daripada mula hingga akhir. Untuk sediakan itinerary yang agak lengkap, kenalah korang rajin study tempat-tempat yang korang nak pergi, pengangkutan, penginapan, makan dan anggaran keperluan kewangan.


mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google


2.   Kumpul rujukan tempat perjalanan

Macam akak kata tadi, study dulu tempat perjalanan korang. Kat mana korang nak singgah, berapa lama korang nak berada di satu-satu tempat dan sebagainya.  Mengumpul info perjalanan penting kalau korang nak perjalanan yang lancar.

3. Bawa barang keperluan yang mencukupi

Perjalanan secara backpacker tak perlulah nak bawa banyak barang.  Bawa yang penting dan perlu sahaja.  Jangan sampai banyak beg, cukuplah satu bag travel yang korang mudah nak usung.  Pandai-pandailah susunkan keperluan supaya korang tak perlu bawa beg lebih.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google


4. Pilih penggunaan pengangkutan awam

Korang pilih pengangkutan awam seperti bas atau kalau mampu boleh jer berjalan kaki.  Biasakan diri dengan aktiviti berjalan kaki dan korang dapat melihat lebih lagi persekitaran yang tak perlukan pengangkutan lain.

5. Kawal keinginan

Kawal keinginan daripada teringin nak beli macam-macam, nak makan macam-macam dan nak singgah banyak tempat. Kena fokuskan tujuan sebenar korang backpacking dan kena ikut itinerary yang korang dah sediakan. Korang kenalah disiplinkan diri korang supaya tak lebih masa dan tak lebih budget yang korang gunakan.

6. Rajin bertanya dengan masyarakat setempat

Bila bergerak secara backpacker kenalah rajin-rajin buka mulut dan bertanya dengan masyarakat setempat.  Bila rajin bertanya kadang-kadang banyak juga info baru yang kita boleh dapat.  Silap-silap boleh dapat berbelanja dengan harga yang lebih murah dan dapat penginapan yang lebih sesuai dengan budget yang dah kita peruntukkan.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google

7. Pilihlah tempat yang menarik

Pilihlah lokasi yang menarik tak semestinya di kota besar, di kampung-kampung atau kawasan yang jauh daripada kota pun banyak yang sesuai untuk berehat dan bercuti. Sebenarnya banyak tempat yang kita boleh teroka dan menarik untuk disimpan sebagai memori.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google

8. Selalu up to date dengan tiket penerbangan harga promosi

Ini antara yang penting juga terutama yang melibatkan destinasi yang perlu gunakan pesawat.  Dari masa ke masa ada sahaja tiket penerbangan harga promosi yang ditawarkan. Kenalah rajin jenguk website yang tawarkan harga penerbangan murah.



22 Comments

  1. Kalau buat trip backpacker ni, mulut tu tak boleh berat bertanya. Hahah! Kalau tak, susah lah sikit kan. Dalam negara sendiri okaylah, kalau dekat tempa orang fuhh!

    ReplyDelete
  2. Good tips. Kena cari info sebelum nak buat backpacker ni.

    ReplyDelete
  3. Nice tips, terasa nak berbackpacker juga la nanti...

    ReplyDelete
  4. ngeh2, dah mula jadi bagpacker..nk bagpacker lagi tapi tabung travel dibekukn buat semntra waktu..huhu..

    ReplyDelete
  5. buatmasa sekarang masih taklepas nak berbackpacker sorang haha

    ReplyDelete
  6. Keywordnya . berani.

    InsyaAllah bila berani kita lebih tenang, berfikir dgn baik dan alert.
    Bestnye tips artikel awak..tringt dlu pestaim travel solo backpakcer

    ReplyDelete
  7. Fuhhh seronok! Backpaker atau solo traveler dengan luggage ke. Semuanya boleh pi travel. Nak jimat atau selesa. Atau nak mewah semuanya bergantung kepada poket kita. Walau apa pun, janga lupa travel insuran ya.

    ReplyDelete
  8. Bukan mudah nak jadi backpaker kan.kena ambil tahu dan kaji setiap perkara dan keperluan yang perlu ada supaya memudahkan kita.

    ReplyDelete
  9. Yeay...banyak panduan untuk backpakers kan..SA suka jer backpackers pernah buat sekali je and berjalan dengan lancar..ntah bila nak start lagi..thanks sharing akak...berguna sanagt tips tu semua

    ReplyDelete
  10. kak lily tak boleh backpakers memang tak jadik sebab rasa susah sebenarnya hauhauhaua. walaupun berdua tapi leceh lah..hehehhe

    ReplyDelete
  11. Tarot juga pernah backpackers di tempat tempatan, memang best. Taot punya more to unplanned. Apa yang terfikir, kitorang terus pergi atau buat. Takde apa2 yang plan

    ReplyDelete
  12. Thanks for the tips.. Boleh mula dah nie since kids pun dah membesar.. So nanti tggl berdua blh start backpacking

    ReplyDelete
  13. aida tak pernah lagi backpacking.
    tak berani dan lom berpeluang.
    mcm best aje.
    gi dgn geng-geng sekepala. happy happy.
    terbaik lah... nanti anak-anak aida da besar, mcm teringin nak backpacking dgn diorang berdua.
    mr.asben & Ijat tinggal di rumah aje :)

    ReplyDelete
  14. Tak tahulah kenapa tak kurang minat sikit bercuti cara backpakers kita nak tido hotel mewah dan semua disediakan hehehe macam orang kaya sangatkan wakakakkaa...

    ReplyDelete
  15. Sekarang ni tak mampu lagi nak jadi backpacker. Anak nak masuk 2, takpelah kite utamakan keselesaan anak masa dieorang tengah kecik ni. Nanti besar sikit baru boleh nak ber bagpack

    ReplyDelete
  16. Memang best travel style backpackers ni. Huda dah cuba, dan tips yang dikongsi memang betul. Kena rajin sebelum dan semasa bercuti. Kalau malas sila amik pakej,hehe..

    ReplyDelete
  17. Kehidupan seorang back packer ni memang mencabar dan menjadi idaman ramai anak muda. Ibu cukup dapat habiskan masa dengan keluarga dan anak anak di rumah.

    ReplyDelete
  18. Back packer ni cara pergi jalan jalan yang mudah kan. bawa beg je terus pergi musafir. Harapnya mereka yang travel ni jumpa apa yang di cari

    ReplyDelete
  19. Gitu rupanya jadi back packer. Kena pakai public transport je rupanya. Dan tak de tour guide. Semua rancang sendiri

    ReplyDelete
  20. Zaman untuk bersukaria dan menghabiskan masa berjalan jalan dengan kawan kawan lama dah lama berlalu. Usia kami ni masing masing sibuk dengan keluarga dan komitmen masyarakat

    ReplyDelete
  21. Bagusnya info utk yg suka travel secara backpakers, biasanya kena yakin dan tabahkan diri takut jadi sesuatu semasa travel.

    ReplyDelete
  22. Ika ingat hujung tahun nak try backpacker ke Thailand dengan kawan baik ika. Tips ni memang sangat membantu betul.

    ReplyDelete