Dah masuk bulan Ogos dah pun.  Kejap je kan. Menghampiri hujung tahun mesti ramai antara korang yang dah mula merancang percutian hujung tahun.  Akak sebenarnya teringin nak buat perjalanan ala-ala backpacker.  Tapi sebelum tu kenalah cari-cari juga tips yang memudahkan persediaan dan perjalanan seorang backpacker.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google

Tips Seorang Backpacker Yang Perlu Anda Tahu Dan Cuba


1. Sediakan Itinerary Perjalanan

Biasanya bila dah sediakan itinerary perjalanan, perjalanan akan jadi lebih mudah dan lancar.  Apatah lagi bagi yang baru nak ber backpacker.  Itinerary perjalanan biasanya diisi dengan perancangan jadual perjalanan korang daripada mula hingga akhir. Untuk sediakan itinerary yang agak lengkap, kenalah korang rajin study tempat-tempat yang korang nak pergi, pengangkutan, penginapan, makan dan anggaran keperluan kewangan.


mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google


2.   Kumpul rujukan tempat perjalanan

Macam akak kata tadi, study dulu tempat perjalanan korang. Kat mana korang nak singgah, berapa lama korang nak berada di satu-satu tempat dan sebagainya.  Mengumpul info perjalanan penting kalau korang nak perjalanan yang lancar.

3. Bawa barang keperluan yang mencukupi

Perjalanan secara backpacker tak perlulah nak bawa banyak barang.  Bawa yang penting dan perlu sahaja.  Jangan sampai banyak beg, cukuplah satu bag travel yang korang mudah nak usung.  Pandai-pandailah susunkan keperluan supaya korang tak perlu bawa beg lebih.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google


4. Pilih penggunaan pengangkutan awam

Korang pilih pengangkutan awam seperti bas atau kalau mampu boleh jer berjalan kaki.  Biasakan diri dengan aktiviti berjalan kaki dan korang dapat melihat lebih lagi persekitaran yang tak perlukan pengangkutan lain.

5. Kawal keinginan

Kawal keinginan daripada teringin nak beli macam-macam, nak makan macam-macam dan nak singgah banyak tempat. Kena fokuskan tujuan sebenar korang backpacking dan kena ikut itinerary yang korang dah sediakan. Korang kenalah disiplinkan diri korang supaya tak lebih masa dan tak lebih budget yang korang gunakan.

6. Rajin bertanya dengan masyarakat setempat

Bila bergerak secara backpacker kenalah rajin-rajin buka mulut dan bertanya dengan masyarakat setempat.  Bila rajin bertanya kadang-kadang banyak juga info baru yang kita boleh dapat.  Silap-silap boleh dapat berbelanja dengan harga yang lebih murah dan dapat penginapan yang lebih sesuai dengan budget yang dah kita peruntukkan.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google

7. Pilihlah tempat yang menarik

Pilihlah lokasi yang menarik tak semestinya di kota besar, di kampung-kampung atau kawasan yang jauh daripada kota pun banyak yang sesuai untuk berehat dan bercuti. Sebenarnya banyak tempat yang kita boleh teroka dan menarik untuk disimpan sebagai memori.

mencari kawan backpacker, tips untuk backpacker baru, tips menjadi backpacker, tips backpacker murah
gambar google

8. Selalu up to date dengan tiket penerbangan harga promosi

Ini antara yang penting juga terutama yang melibatkan destinasi yang perlu gunakan pesawat.  Dari masa ke masa ada sahaja tiket penerbangan harga promosi yang ditawarkan. Kenalah rajin jenguk website yang tawarkan harga penerbangan murah.