Penjimatan Hampir 70% Perbelanjaan Harian Dengan Kad Ceria

Saturday, May 05, 2018

Dalam zaman kegawatan ekonomi sekarang, bila dapat berjimat memang sangat suka. Apatah lagi bila boleh berjimat dalam perbelanjaan harian.  Pantang dengar ada kad diskaun dikeluarkan oleh mana-mana premis perniagaan, kalau boleh akak apply, mesti akak apply.  Tak kisahlah dapat  jimat seringgit atau berapa ringgit sekali pun, yang penting JIMAT.


Siapa yang tidak suka berbelanja? Apatah lagi kalau boleh berjimat. Giler ke dah berbelanja lepas tu berjimat pulak! Korang pernah dengan Kad Ceria? Akak pun baru sahaja tahu tentang Kad Ceria ni.  Penjimatan 70% dengan Kad Ceria memang tak masuk akal. Tapi itulah yang sebenarnya. Korang berbelanja sambil berjimat. Bukan sikit-sikit tau, penjimatan 70%.




program kad ceria, initiatif untuk rakyat, kemudahan potongan harga

gambar google


Apakah Kad Ceria ?


Bila dapat tau tentang Kad Ceria, laju-laju kena cari info, manalah tahu boleh mohon.  Kalau korang nak tahu, Kad Ceria ini adalah merupakan kad diskaun atau kad potongan harga ke atas pembelian di lokasi-lokasi terpilih.  Ia adalah merupakan salah satu initiatif untuk menangani kos sara hidup yang tinggi terutama untuk penduduk di WILAYAH PERSEKUTUAN.  Oooooo...untuk orang wilayah. Salah satu initiative Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Memang patutpun mereka ni dapat kemudahan seperti ini.  Sekurang-kurangnya boleh juga membantu pengurusan perbelanjaan harian. 


Kelayakan Mendapatkan Kad Ceria  



Bukan semua orang boleh apply yer.  Hanya mereka yang layak sahaja akan diberikan kemudahan Kad Ceria ini.  Mereka mestilah :

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Wilayah Persekutuan atau menetap di Wilayah Persekutuan
  • Mana-mana penjawat awan yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan

Apa Kelebihan Pemilik Kad Ceria ?


 Ada macam-macam kelebihan yang korang dapat. Mai akak senaraikan antara yang menarik :

  • Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan/makan ataupun perkhidmatan.
  • Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
  • Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
  • Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan.

Menarikkan!  Bila dah info di hujung jari, bolehlah korang merancang perbelanjaan harian korang.  Tak dapat berjimat banyak, dapat jimat sikit-sikit pun okay. Sedikit sedikit lama lama banyaklah kan. Bagi mereka yang layak, jangan lepaskan peluang ni.  


program kad ceria, initiatif untuk rakyat, kemudahan potongan harga
gambar google


Kalau korang belum dapat lagi kad ini dan bagi yang berminat, bolehlah buat permohonan Kad Ceria di SINI.  Boleh juga menghubungi info di bawah sekiranya ada pertanyaan lanjut.


Alamat : Urus Setia Kad Ceria
                 Kementerian Wilayah Persekutuan
                 Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2
                 62100 Putrajaya






You Might Also Like

14 comments

  1. Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)

    ReplyDelete
  2. untunglah penjawat awam..boleh share kad tak haha

    ReplyDelete
  3. Menarik sangat Kad Ceria ni, tapi utk orang WP je. Jeles

    ReplyDelete
  4. wah.. pengurusan kewangan yang bagus..

    ReplyDelete
  5. bagusnya ada kad ceria ni, membantu penjimatan duit ketika berbelanja ...yeah.

    ReplyDelete
  6. Siapa yg layak tu cepat2 la apply

    ReplyDelete
  7. siapa yang layak tu cepat mohon kad ceria

    ReplyDelete
  8. kad ceria ini untuk org kl je kan

    ReplyDelete
  9. Bestnya diskaun sampai 70%

    ReplyDelete
  10. rezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.

    ReplyDelete
  11. Org KL kena ada kad ceria ni

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook