Penjimatan Hampir 70% Perbelanjaan Harian Dengan Kad Ceria
Dalam zaman kegawatan ekonomi sekarang, bila dapat berjimat memang
sangat suka. Apatah lagi bila boleh berjimat dalam perbelanjaan harian.
Pantang dengar ada kad diskaun dikeluarkan oleh mana-mana premis perniagaan,
kalau boleh akak apply, mesti akak apply. Tak kisahlah dapat jimat
seringgit atau berapa ringgit sekali pun, yang penting JIMAT.
Siapa yang tidak suka berbelanja? Apatah lagi kalau boleh berjimat.
Giler ke dah berbelanja lepas tu berjimat pulak! Korang pernah dengan Kad
Ceria? Akak pun baru sahaja tahu tentang Kad Ceria ni.
Penjimatan 70% dengan Kad Ceria memang tak masuk akal. Tapi
itulah yang sebenarnya. Korang berbelanja sambil berjimat. Bukan sikit-sikit
tau, penjimatan 70%.
gambar google
Apakah Kad Ceria ?
Bila dapat tau tentang Kad Ceria, laju-laju kena cari info, manalah tahu
boleh mohon. Kalau korang nak tahu, Kad Ceria ini adalah merupakan kad
diskaun atau kad potongan harga ke atas pembelian di lokasi-lokasi
terpilih. Ia adalah merupakan salah satu initiatif untuk menangani kos
sara hidup yang tinggi terutama untuk penduduk di WILAYAH PERSEKUTUAN.
Oooooo...untuk orang wilayah. Salah satu initiative Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Memang patutpun mereka ni dapat kemudahan seperti
ini. Sekurang-kurangnya boleh juga membantu pengurusan perbelanjaan
harian.
Kelayakan Mendapatkan Kad Ceria
Bukan semua orang boleh apply yer. Hanya mereka yang layak sahaja
akan diberikan kemudahan Kad Ceria ini. Mereka mestilah
:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Wilayah Persekutuan
atau menetap di Wilayah Persekutuan
- Mana-mana penjawat awan yang
berkhidmat di Wilayah Persekutuan
Apa Kelebihan Pemilik Kad Ceria ?
Ada macam-macam kelebihan yang korang dapat. Mai akak senaraikan antara
yang menarik :
- Diskaun sehingga 70% bagi
setiap barangan/makan ataupun perkhidmatan.
- Diskaun di fasiliti milik
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
- Membantu keluarga dalam
membuat perancangan perbelanjaan harian
- Info terkini promosi melalui
telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan.
Menarikkan! Bila dah info di hujung jari, bolehlah korang
merancang perbelanjaan harian korang. Tak dapat berjimat banyak, dapat
jimat sikit-sikit pun okay. Sedikit sedikit lama lama banyaklah kan. Bagi
mereka yang layak, jangan lepaskan peluang ni.
gambar google
Kalau korang belum dapat lagi kad ini dan bagi yang berminat, bolehlah
buat permohonan Kad Ceria di SINI. Boleh juga
menghubungi info di bawah sekiranya ada pertanyaan lanjut.
Alamat : Urus Setia Kad Ceria
Kementerian
Wilayah Persekutuan
Aras
G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2
62100
Putrajaya
Email : kadceria@kwp.gov.my
15 Comments
banyak dapat penjimatan tu.
ReplyDeleteJanji Kita
Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)
ReplyDeletenak try apply lah
ReplyDeleteuntunglah penjawat awam..boleh share kad tak haha
ReplyDeleteMenarik sangat Kad Ceria ni, tapi utk orang WP je. Jeles
ReplyDeletewah.. pengurusan kewangan yang bagus..
ReplyDeletebagusnya ada kad ceria ni, membantu penjimatan duit ketika berbelanja ...yeah.
ReplyDeleteSiapa yg layak tu cepat2 la apply
ReplyDeletesiapa yang layak tu cepat mohon kad ceria
ReplyDelete70 % banyak tu.. wow!
ReplyDeletekad ceria ini untuk org kl je kan
ReplyDeleteBestnya diskaun sampai 70%
ReplyDeleterezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.
ReplyDeleteOrg KL kena ada kad ceria ni
ReplyDelete70% tuuu banyakss!
ReplyDelete