Jalan-jalan Padang Kota Sambut Birthday Dzakwan

Wednesday, October 04, 2017

Bulan September 2 hero sambut birthday.  Ayah awal bulan, Dzakwan betul-betul last day of the month.  Dah 6 tahun dah dia.  Tahun depan masuk sekolah kebangsaan dah walaupun usia baru 6 tahun.  Sama macam akak dulu, baru sambut birthday bulan Disember, lepas tu Januari dah masuk sekolah.  

Dua, tiga hari sebelum birthday pun dah asyik ingatkan kami semua.  Tak pernah janji apa-apa pun dengan anak-anak.  Biasanya, kami raikan dengan keluar makan-makan atau jalan-jalan saja.  Oleh kerana birthdaynya jatuh pada hujung minggu maka bolehlah panjang langkah sikit.  


Jalan-jalan Padang Kota

Seharian dok terperap kat rumah, malamnya en hubby ajak jalan-jalan ke Padang Kota.  Boleh juga gembirakan birthday boy.  Oleh kerana dah lama tak menggunakan perkhidmatan feri, maka malam tu kami naiklah feri sambil ambil angin laut.  Mujur tak ramai dan tak lama sangat menunggu.  Sekitar 10 minit sahaja, kami dah berada dalam perut feri.  Dapat parking di bahagian atas. Menariknya, di bahagian tepi feri dah ada tempat duduk, mungkin dah lama ada, akak yang baru tahu.  


birthday anak, september birthday, jalan-jalan padang kota, padang kota waktu malam


Bolehlah rileks-rileks tengok pemandangan malam Pulau Pinang.  Cuaca pun elok, nampak jelas lampu-lampu bergemerlapan di sebelah pulau.  Lagipun malam minggu, havoc lah sedikit.  Kami ambil peluang berselfie anak beranak tapi tak cukup ahlinya.


birthday anak, september birthday, jalan-jalan padang kota, padang kota waktu malam


Sesampai di bahagian pulau, isi perut dulu.  Kalau dah berada di Georgetown tak sah kalau tak singgah makan nasi kandar.  Banyak kedai yang boleh korang singgah. Ada Kapitan, Kassim Mustafa, nasi kandar beratur dan macam-macam lagi.  Kami singgah di Kassim Mustaffa saja. Layankan si kecil tu makan. 

Lepas makan barulah boleh jalan-jalan ambil angin.  Singgah Padang Kota. Ramainya orang bersantai-santai bersama keluarga.  Nak parking kereta pun punyalah azab. Hampir-hampir tak jadi singgah tapi kesiankan anak-anak bertabah jugaklah.  

Suasana waktu malam di sini memang meriah.  Mungkin antara sebabnya esok hari minggu, ramai yang cuti.  Anak-anak bermain macam-macam jenis permainan yang ada.  Tiupan belon berterbangan sana sini.  Deretan tukang-tukang urut kaki di bahagian tengah dipenuhi pelanggan.  Akak lepak di bahagian tempat mainan kanak-kanak sahaja.  Letih juga dalam suasana tak berapa terang nak tengok si Dzakwan bermain.  Maklumlah dah ramai-ramai tu takut juga anak hilang dari pandangan.

birthday anak, september birthday, jalan-jalan padang kota, padang kota waktu malam


Sejam lebih juga melayan sampai letih barulah bergerak balik.  Puashati dia. Kami pun seronok bila anak-anak seronok.

birthday anak, september birthday, jalan-jalan padang kota, padang kota waktu malam


Oleh kerana tahun depan dah nak masuk sekolah, kami belikan jam tangan ni untuk Dzakwan.  Dah minta dari awal tahun, belikan jugaklah guna duit yang dia kumpul-kumpul dan kami top up sedikit.  Anak-anak ni bila beli barang guna duit sendiri barulah mereka rasa sayang dan jaga betul-betul.  

Moga Dzakwan jadi anak yang soleh dan penghibur keluarga. 


Baca juga sambutan birthday ahli keluarga yang lain:

Birthday Kakak
Birthday Abang
Birthday Ayah

You Might Also Like

8 comments

  1. Semoga Dzakwan membesar sebagai anak yang sihat, cerdik dan soleh. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Anak anak adalah permata hati yang membahagiakan
    Photo pemandangan malam cantik.
    Kapitan restoran, almond milk dia sangat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi cuba almond milk di kapitan, nanti boleh cuba.

      Delete
  3. Ana tak pernah naik feri ke penang. Teringin juga. Last ke Padang Kota 3 thn lepas. Dtg waktu siang so orang tak berapa ramai. Tak puas jalan dekat Penang. Kena repeat semula nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang bermalam baru boleh jalan puas-puas. Dah ada semakin banyak tempat menarik di Penang sekarang ini.

      Delete
  4. Dekat sini waktu malam memang meriah kan. Heheh. Hari tu pun pergi kemain ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun tambah-tambah malam minggu. Ramai yang spend masa dengan family.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook