Hadiah Hari Jadi Mr Hubby

Friday, September 08, 2017

Semalam 7 September merupakan tarikh lahir en hubby.  Kami dah nak menghampiri pertengahan 4 series.  Sekarang ni masa untuk melayan hobi dan kegemaran masing-masing bersama keluarga.  Takmau dah fikirkan masalah dunia sangat. Tak mau dah serabutkan kepala dengan masalah kerja, stress tak tentu pasal.  Sekarang lebih masa perlu untuk keluarga.  Anak- anak yang makin dewasa.

Samada hari lahir akak, anak-anak maupun hubby kami jarang sekarang memberi hadiah atau meraikan dengan meriah, potong kek dan sebagainya.  Sangat jarang sekali.  Biasanya kami raikan dengan makan bersama-sama hidangan yang meriah sikit daripada biasa.  Tahun ni takde lagi sambutan lahir yang kami buat tepat kena pada tarikhnya, samada awal sedikit atau lewat memandang selalu tak cukup ahli.

Sebagai meraikan hari jadi hubby semalam, dengan sukacita en hubby offer diri untuk menyediakan hidangan makan malam yang simple.  Biasa je pun en hubby masak untuk family tapi bila hari istimewa, masakan yang simple pun nampak istimewa di mata kami.  


air tangan istimewa, bila suami masuk dapur, celebrate birthday, selamat hari lahir

Ini menu makan malam kami semalam.  Simple tapi sangat menyelerakan. Tak sampai sejam pun nak sediakan semua ni. Yang melambatkan sebab akak nak kena siang ikan dan bersihkan sotong tu dulu. 


air tangan istimewa, bila suami masuk dapur, celebrate birthday, selamat hari lahir

Sotong masak lemak kuning. Sebenarnya en hubby main hentam saja ikut apa yang ada kat rumah.  Tiba-tiba katanya nak buat macam masak lemak kuning ni, maka terjadilah lauk ni.  Sotong, serai, bawang merah dan putih kisar, kentang potong nipis, santan - itulah bahan-bahannya.  Nak bagi rasa sedikit masam, masukkan asam keping tapi kalau ada belimbing besi lagi power rasanya.


air tangan istimewa, bila suami masuk dapur, celebrate birthday, selamat hari lahir

Ulam-ulaman.  Sambal belacan takde dalam gambar ni.  Terung tu kami guna terung hijau. Rasanya lebih sedap bila buat terung bakar begini. Kacang botol dan ikan sepat masin goreng.  Ada yang tanya akak bakar terung guna apa?  Akak bakar dalam magic pan jer yer.  Susun dalam magic pan tu dan tutup.  Sambil-sambil tu tengok-tengok jugaklah takut nanti hangus pulak dalam pan tu nanti. Lepas tu kami goreng ikan plata. Makan semua tu panas-panas....memang menyelerakan.

Makan di rumah dengan masakan sendiri sekarang ni dah jadi main priority buat kami sekeluarga.  Jarang sangat dah makan di luar.  Asalkan semua ahli rumah bekerjasama, boleh je kami tunaikan hajat selera masing-masing. 

Syukur sangat dikurniakan dengan suami yang ringan tulang membantu di dapur.  Dapatlah akak selesaikan kerja-kerja lain yang perlu dibuat juga.  Moga en hubby sentiasa dipermudahkan urusan walau apa jua keadaan. ....amiinn.....

You Might Also Like

17 comments

  1. Bahagia en suami ada pasangan hebat macam ni ;)

    ReplyDelete
  2. sweeetnya suami k.azi..sedap menu sotong tu..feveret..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah selalunya....suami kerja sendiri senang nak adjust masa

      Delete
  3. Pandai suami akak masak. Lauk sotong tuh nampak sedap. Lepas nih boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia suka masak....alhamdulillah hasilnya tak pernah mengecewakan

      Delete
  4. Banyak nya lauk harijadi untuk mr hubby ya

    Alhamdulillah

    Mama doakan semoga Azi dan suami bahagia dalam perkahwinan sampai ke syurga bersama sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terima kasih...amiin

      Delete
  5. Suami pandai masak ya. Untuk lelaki macam ni pun dah bagus sangat

    Mesti suami azi ni berdikari orangnya

    nampak kemas je semuanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ...memang chef of the family hehhe...

      Delete
  6. masakannya ini, luar biasa, jadi ngileran ini lihat

    ReplyDelete
  7. sweetnyaa dan sedap makanan tu Azi..mmg sekarang bila umur makin byk ni dh malas nk fikir celebration gah bagai..cukup sekadar ingatan dan ucapan yg boleh buat kita tersenyum sepanjang hari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...yang penting masih diberi kesihatan untuk bersama orang-orang penting dalam hidup kita

      Delete
  8. Alahai tengok amsakan akak naik selera nak makan SA..tapi kang masalahnya nak makan masuknya 2-3 suap...sedih...ntah bila nak elok tekak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah ok..masak sedap-sedap tau

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook