Sambut Birthday Kat Mydin Mall

Thursday, April 20, 2017

Assalamualaikum wbt. Amboi tajuk..hahha..macam buat besar-besaran je kan. Takde der. Secara kebetulan ada kat situ. Kisah week end lepas ni.  Abang Irfan ada program MIYIO (Malaysian International Young Inventors Olympiad) di Mydin Mall Perai.  Mewakili sekolah buat presentation projek R&D.

Birthday abang irfan 13 hb April, masa  tu hari tak boleh nak raikan sebab tak cuti. Jadi kebetulan nak tengok projek-projek R&D yang dibentangkan oleh wakil-wakil sekolah daripada setiap negeri dan juga beberapa buah sekolah daripada negara luar, kami pun ajaklah potong kek sekali.

Curi-curi masa saja waktu makan tengahari, ajak abang irfan makan sekali.  Mall hujung minggu memang sesak. Tambahan pula waktu ada tour suria fm dengan pelbagai persembahan artis.  Berebut jugaklah mencari tempat makan.  Konon nak buat surprise, akak pun suruh lah budak-budak ni book tempat duduk kedai makan, acah-acah nak pergi toilet tapi akak singgah beli beberapa potong kek. Masa yang sama en hubby pun lepas order makanan, konon nak pergi cari barang tapi dia pun singgah di kedai kek yang lain. En hubby pulak beli kek kecil. Hahaha...bila kami sama-sama bawa kek masing-masing ke meja makan terus tergelak sebab `same instinct'

Sempatlah melayan kejap anak-anak kat sini. Hari lahir yang ke 17 tahun. Kejap sungguh masa berlalu. Moga abang irfan terus berusaha menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat.  Bila dah meningkat remaja ni, tak bolehlah nak marah-marah. Kita gunakan konsep berkawan dan sharing.


birthday, sambut birthday, potong kek

Adik-adik pun tumpang sibuk nak potong kek. Lepas ni lambat lagi nak celebrate birthday. Tunggu batch hujung tahun pulak.

You Might Also Like

1 comments

  1. tak kisah kat mana pun, yg penting celebrate together...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook