Terjebak Lagi !!

1:55 PM

Assalamualaikum wbt. Terjebak lagi akak kali ni. Terjebak dengan drama bersiri baru slot Mega Drama di Astro Ria 104 dan Ria HD 124 iaitu Dia Bidadariku.

Drama lakonan Erra Fazira dan Hisyam Hamid terbitan Skop Production dan arahan Aziz M. Osman.  Dah lama tak tengok hasil kerja Aziz M. Osman ni. Dah lama juga tak tengok lakonan Erra Fazira. Berganding pulak dengan pelakon yang akak suka tengok senyumannya..si abang bomba Hisyam Hamid.  Kali ni walaupun terjebak, akak tengok secara online aje. Musim exam sekarang, nak tengok kat tv nanti ada pulak yang tumpang dok jeling-jeling.  

Sinopsis Dia Bidadariku

Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu?

drama bersiri, dia bidadariku, erra fazira, hisyam hamid


Pada korang yang nak rileks-rileks sebelum tidor tu bolehlah layan drama ni. 

You Might Also Like

1 comments

  1. saya pun layan juga drama ni kak...tgk bila sempat ja...heheheh..ok gak.

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

top social

Pinterest

Subscribe