Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Thursday, March 02, 2017


Assalamualaikum wbt.  Baru-baru ni keputusan peperiksaan STPM telah pun diumumkan. Tak lama lagi keputusan SPM pula akan diketahui.  Mesti anak-anak dan adik-adik yang menunggu keputusan semakin berdebar-debar.  Teringat masa akak dulu, tak tidur malam dibuatnya. Macamana nak tidur, kejap kawan ni call, kejap lagi kawan tu pulak call. Tu sebelum dapat result. Bila dah terima result pun macam tu jugak sebab masing-masing sibuk tanya nak hala ke mana seterusnya.  

Kalau boleh semua nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi kan?  Tak kisahlah apa cita-cita yang didambakan, yang penting cuba rebut peluang yang ada sementara masih muda.  Untuk anak-anak dan adik-adik yang nak dapatkan lebih penjelasan atau maklumat hala tuju dan  panduan terperinci dari universiti dan kolej di Malaysia, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara di lokasi-lokasi yang berdekatan.  Ajak ibu ayah sekali supaya sama-sama dapat input berguna.


sambung belajar, pendidikan tinggi, IPTA, IPTS, karnival




Hujung minggu ni bolehlah berkunjung ke Universiti Sains Malaysia untuk lokasi zon utara.  Masih ada lagi beberap zon yang boleh dikunjungi.  Harap-harap dapatlah serba sedikit panduan sebelum membuat pilihan.  Akak pun kalau berkesempatan nak juga berkunjung untuk dapatkan serba sedikit maklumat. Dah lama tinggalkan info pendidikan selepas sekolah ni, tahun depan mana tahu rezeki abang irfan boleh sambung belajar lagi.



You Might Also Like

2 comments

  1. akak ni ada sorang bujang lepas O Level, tapi tak tau nak buat apa..
    masukkan any college pun bagus gak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau si bujang berminat, boleh aje kak yan.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook