Karnival Pendidikan Tinggi Negara
Assalamualaikum wbt. Baru-baru ni keputusan peperiksaan STPM telah pun diumumkan. Tak lama lagi keputusan SPM pula akan diketahui. Mesti anak-anak dan adik-adik yang menunggu keputusan semakin berdebar-debar. Teringat masa akak dulu, tak tidur malam dibuatnya. Macamana nak tidur, kejap kawan ni call, kejap lagi kawan tu pulak call. Tu sebelum dapat result. Bila dah terima result pun macam tu jugak sebab masing-masing sibuk tanya nak hala ke mana seterusnya.
Kalau boleh semua nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi kan? Tak kisahlah apa cita-cita yang didambakan, yang penting cuba rebut peluang yang ada sementara masih muda. Untuk anak-anak dan adik-adik yang nak dapatkan lebih penjelasan atau maklumat hala tuju dan panduan terperinci dari universiti dan kolej di Malaysia, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara di lokasi-lokasi yang berdekatan. Ajak ibu ayah sekali supaya sama-sama dapat input berguna.
Hujung minggu ni bolehlah berkunjung ke Universiti Sains Malaysia untuk lokasi zon utara. Masih ada lagi beberap zon yang boleh dikunjungi. Harap-harap dapatlah serba sedikit panduan sebelum membuat pilihan. Akak pun kalau berkesempatan nak juga berkunjung untuk dapatkan serba sedikit maklumat. Dah lama tinggalkan info pendidikan selepas sekolah ni, tahun depan mana tahu rezeki abang irfan boleh sambung belajar lagi.
2 Comments
akak ni ada sorang bujang lepas O Level, tapi tak tau nak buat apa..
ReplyDeletemasukkan any college pun bagus gak kan.
kalau si bujang berminat, boleh aje kak yan.
Delete