Makan Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak Pulau Pinang

Tuesday, December 06, 2016

Assalamualaikum wbt.  Sekarang ni kalau jengok masuk dalam fb, ramai yang share tempat-tempat menarik untuk dilawati termasuk juga tempat makan yang sedap-sedap.  Seronok tengok gambar sambil-sambil baca pengalaman masing-masing. 

Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang


Salah satu tempat menarik untuk menikmati ikan bakar di Pulau Pinang ialah di Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak.  Sejak masih bergelar pelajar, akak suka ke sana bila berpeluang.  Lokasinya berhampiran laut, menambah selera makan sambil ditiup angin laut dan pemandangan cantik. 

Baru-baru ni en hubby ajak kami sekeluarga ke sana.  Dah beberapa kali cubaan nak makan ikan bakar di sini tapi selalu silap timing.  Maklumlah pergi pun main terjah aje. Tapi kali ni cubaan berjaya, walaupun ramai orang, kami singgah juga.  

Pertama sekali sampai kat sini, cari tempat atau meja kosong yang sesuai untuk korang sekeluarga.  Bila dah dapat baru fikir nak makan apa.  Ikan-ikan memang segar dan harga pun takdelah tinggi sangat, berbaloi.  Kali ni kami pilih ikan siakap sederhana besar untuk di bakar dan tomyam lala. Masa menunggu taklah lama sangat, bergantung pada ramai atau tidaknya pengunjung ketika itu.

ikan bakar sedap, tempat makan menarik di pulau pinang, teluk tempoyak

Ikan bakar ni memang sedap !!!

ikan bakar sedap, tempat makan menarik di pulau pinang, teluk tempoyak

First time makan tomyam lala. Sedap juga. Semangkuk besar ni puas makan. Lain kali boleh cuba buat sendiri.

Nah...inilah dua menu utama yang kami pilih.  Sambal ikan bakar dan cicah air asamnya memang membuka selera.  Bertambah-tambah anak-anak makan, seronok tengok mereka.  Macam boleh repeat lagi sebelum sekolah buka.


Untuk yang berminat nak ke sini, google saja map di handphone :

 Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak, 
Jalan Teluk Tempoyak, 
Kampung Teluk Tempoyak Besar,
 Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Waktu operasi : 6 petang - 1130 malam, setiap hari kecuali hari ISNIN

Tak banyak gambar yang akak boleh share sebab sibuk dengan anak-anak. Tapi kalau korang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah sini, mesti puashati.

You Might Also Like

4 comments

  1. SA tengok time ni kan kak...terus lapar perut....

    ReplyDelete
  2. sy n asben pon suka mkn kt situ...sedap sgt ikan dia bbnding tmpt lain

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa. Bulan satu nanti nak ke Penang. Hehehe. :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook