Makan Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak Pulau Pinang. Sekarang ni kalau jengok masuk dalam fb, ramai yang share tempat-tempat menarik untuk dilawati termasuk juga tempat makan yang sedap-sedap.  Seronok tengok gambar sambil-sambil baca pengalaman masing-masing. 

Port Makan Menarik di Pulau Pinang


Salah satu tempat menarik untuk menikmati ikan bakar di Pulau Pinang ialah di Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak.  Sejak masih bergelar pelajar, akak suka ke sana bila berpeluang.  Lokasinya di Batu Maung berhampiran laut, menambah selera makan sambil ditiup angin laut dan pemandangan cantik. 

Baru-baru ni en hubby ajak kami sekeluarga ke sana.  Dah beberapa kali cubaan nak makan ikan bakar di sini tapi selalu silap timing.  Maklumlah pergi pun main terjah aje. Tapi kali ni cubaan berjaya, walaupun ramai orang, kami singgah juga.  

Pertama sekali sampai kat sini, cari tempat atau meja kosong yang sesuai untuk korang sekeluarga. Bila dah dapat baru fikir nak makan apa.  Ikan-ikan memang segar dan harga pun takdelah tinggi sangat, berbaloi.  Kali ni kami pilih ikan siakap sederhana besar untuk di bakar dan tomyam lala. Masa menunggu taklah lama sangat, bergantung pada ramai atau tidaknya pengunjung ketika itu.

ikan bakar sedap, tempat makan menarik di pulau pinang, teluk tempoyak, port makan viral pulau pinang

Ikan bakar ni memang sedap !!! Sambal ikan bakar ni sahaja pun dah membuka selera makan.  Disertakan juga air asam dan kicap cili.  Ikan bakarnya tak kering, moist juicy gitu...


ikan bakar sedap, tempat makan menarik di pulau pinang, teluk tempoyak, port makan viral pulau pinang

First time makan tomyam lala. Sedap juga. Semangkuk besar ni puas makan. Lain kali boleh cuba buat sendiri.

Nah...inilah dua menu utama yang kami pilih.  Sambal ikan bakar dan cicah air asamnya memang membuka selera.  Bertambah-tambah anak-anak makan, seronok tengok mereka.  Macam boleh repeat lagi sebelum sekolah buka.

Bagi yang bercadang untuk singgah makan di sini, terdapat kawasan parking yang agak luas di sebelah kiri dan kanan medan selera ini.  Kalau dah penuh, pandai-pandai lah korang cari parking di tepi-tepi jalan kawasan kampung, jangan risau ada je nanti tempat parking, cuma kena jalan kaki sedikit.  Surau juga ada terdapat di kawasan kampung ini dan agak selesa.

Untuk yang berminat nak ke sini, ada dua lokasi ikan bakar, tapi bukanlah bersebelahan. Dari jalan atas, korang akan jumpa simpang kiri dan kanan. Kalau pilih kiri akan ke resotaran ikan bakar, kalau nak ken medan ikan bakar ni korang kena ambil simpang kanan.  Nak lebih mudah, google saja map di handphone :

 Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak, 
Jalan Teluk Tempoyak, 
Kampung Teluk Tempoyak Besar,
 Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Waktu operasi : 6 petang - 1130 malam, setiap hari kecuali hari ISNIN



 

 Tak banyak gambar yang akak boleh share sebab sibuk dengan anak-anak. Tapi kalau korang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah sini, mesti puashati.

18 Comments

  1. SA tengok time ni kan kak...terus lapar perut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah lapar jugak ni tengok entry sendiri.

      Delete
  2. sy n asben pon suka mkn kt situ...sedap sgt ikan dia bbnding tmpt lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...berbeza rasa dgn tempat lain dan kena dgn selera kami

      Delete
  3. Sedapnyaaaa. Bulan satu nanti nak ke Penang. Hehehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sedap, rasanya tak berubah sejak bertahun-tahun

      Delete
  4. yumm yumm yumm ... semua ni dlu tempat kami lepak lepak mencari ilham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah masa muda-muda tempat cari ilham bila dah berkeluarga ni dah jadi tempat bersantai melepas lelah.

      Delete
  5. nyum2 sedap semuanye ikan bakar., hehe

    ReplyDelete
  6. Kita paling suka ikan bakar! Teringin pulak rasanya. Hai salam perkenalan, kita follow sini okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow blog saya. Nanti saya kunjung ke sana pula.

      Delete
  7. Beuh lihat ikannya aja udah nikmat banget tuh, apalagi diatasnya sudah tersedia sambal yang siap untuk dilumurin disekujur tubuh ikannya.

    ReplyDelete
  8. Terus lapar tengok gambar tom yam & ikan bayar tu..nasib dah nak time lunch ni..hehe..

    ReplyDelete
  9. Seronok tgk tomyam tu isi dia penuh semacam je.. ikan bakar tu kalau dpt cicah sambal yg sedap mmg layan sungguh :D

    ReplyDelete
  10. Wah sedapnya nampak makanan semua!

    ReplyDelete