Abadikan Percutian Anda Dengan Foto-Foto Menarik Bersama WanderZoom

Thursday, November 24, 2016


Bila dah menghampiri hujung tahun, pasti ramai antara kita dah mula bercadang untuk menghabiskan cuti hujung tahun dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.  Tak kira yang dah berkeluarga, mahupun yang masih solo, pasti ada perancangan menarik.  Biasanya, 2 -3 bulan sebelum dah mula merancang macam-macam . Antaranya lokasi, budget, aktiviti dan pelbagai lagi.  Akak pun dah mula jengok pelbagai lokasi menarik yang belum pernah dilawati lagi. Maklumlah dengan 4 orang anak pelbagai usia ni, perancangan perlulah selari dengan usia mereka supaya setiap orang dapat manfaat daripada percutian tersebut.


Apakah Yang Paling Seronok Ketika Bercuti ?


Biasanya bila bercuti, yang paling suka ialah bila sesi bergambar. Gambarlah yang akan menjadi kenangan dan ingatan yang kita pernah ke tempat-tempat tersebut.  Tambah-tambah, tempat yang kita lawati tu memang jarang sekali dapat peluang ke lawati.  Kalau boleh nak gambar cantik dan menarik.  Dan selalunya bila bergambar, gambar kami  tak cukup ahli sebab salah seorang kena jadi jurugambar.  Boleh je nak guna tripod atau selfie sahaja tapi ruang dan gaya terhad. 

Selain itu, dengan kemudahan digital sekarang, biasanya gambar-gambar yang diambil tersimpan aje dalam kamera atau telefon pintar selepas pulang bercuti.  Kononnya nak hantar untuk print, tapi asyik terlupa saja.  Akak ler yang selalu jadi gitu.  Asyik bertangguh, akhirnya gambar dah jadi bertimbun-timbun, simpan aje dalam hard disk.  Alangkah seronoknya kalau dapat seorang yang tugasnya hanya untuk mengambil gambar dan kita boleh bercuti, berjalan dan menikmati cuti sambil merakam detik-detik menarik untuk diabadikan.  Lepas bercuti, ada pula yang uruskan print gambar-gambar tersebut. Best kan!!


WanderZoom Pembantu Professional Percutian Anda

Pernah dengar tentang perkhidmatan fotografi WanderZoom tak?  WanderZoom merupakan platform perkhidmatan fotografi  yang akan membantu korang merakamkan detik-detik menarik semasa percutian.  Jurugambar-jurugambar terlatih yang dilantik, bukan sahaja ada di Malaysia, malah ada juga di negara-negara luar seperti Australia, Taiwan, Hong Kong dan kebanyakan negara-negara Asia Pacific.  Jurugambar-jurugambar ini terdiri daripada   mereka yang dikalangan professional dan berpengalaman.



percutian menarik di Malaysia, holidays trip, wanderzoom, fotografi



BAGAIMANA MENGGUNAKAN WanderZoom ?

Selepas korang merancang percutian dan semua persiapan telah dibuat termasuk tempahan tiket, hotel dan sebagainya , korang boleh berhubung dengan team WanderZoom dan buat tempahan lokasi dan jurugambar yang korang perlukan. Bila dah dapat jurugambar yang dipilih bolehlah buat perbincangan lanjut tentang sesi fotografi yang korang nak buat.  Ada beberapa pakej yang ditawarkan bergantung kepada lokasi dan lama masa yang korang perlukan jurugambar bekerja.


percutian menarik di Malaysia, holidays trip, wanderzoom, fotografi

percutian menarik di Malaysia, holidays trip, wanderzoom, fotografi



Info Lanjut Tentang WanderZoom

Untuk mendapatkan perkhidmatan WanderZoom, korang perlu mendaftar di website WanderZoom.   Selepas mendaftar, korang bolehlah memilih pakej-pakej menarik yang disediakan oleh WanderZoom.  Pastikan destinasi percutian korang termasuk dalam senarai jurukamera-jurukamera professional yang ada.  Bolehlah buat tempahan mengikut tarikh dan lokasi yang korang inginkan.


percutian menarik di Malaysia, holidays trip, wanderzoom, fotografi



Dengan adanya WanderZoom, percutian korang dapat dirakamkan dengan lebih menarik sebagai kenangan. Korang boleh  dapatkan lebih info dan kalau berminat boleh ke link ini 


dan juga di sini

You Might Also Like

1 comments

  1. whoaaa senangnya! dah mcm che ta bawak photographer peribadi.. hihihi..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook