Abadikan Percutian Anda Dengan Foto-Foto Menarik Bersama WanderZoom
Bila dah menghampiri hujung
tahun, pasti ramai antara kita dah mula bercadang untuk menghabiskan cuti
hujung tahun dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Tak kira yang dah berkeluarga, mahupun yang
masih solo, pasti ada perancangan menarik.
Biasanya, 2 -3 bulan sebelum dah mula merancang macam-macam . Antaranya
lokasi, budget, aktiviti dan pelbagai lagi.
Akak pun dah mula jengok pelbagai lokasi menarik yang belum pernah
dilawati lagi. Maklumlah dengan 4 orang anak pelbagai usia ni, perancangan
perlulah selari dengan usia mereka supaya setiap orang dapat manfaat daripada
percutian tersebut.
Apakah Yang Paling Seronok Ketika Bercuti ?
Biasanya bila bercuti, yang
paling suka ialah bila sesi bergambar. Gambarlah yang akan menjadi kenangan dan
ingatan yang kita pernah ke tempat-tempat tersebut. Tambah-tambah, tempat yang kita lawati tu
memang jarang sekali dapat peluang ke lawati.
Kalau boleh nak gambar cantik dan menarik. Dan selalunya bila bergambar, gambar kami tak cukup ahli sebab salah seorang kena jadi
jurugambar. Boleh je nak guna tripod
atau selfie sahaja tapi ruang dan gaya terhad.
Selain itu, dengan kemudahan
digital sekarang, biasanya gambar-gambar yang diambil tersimpan aje dalam
kamera atau telefon pintar selepas pulang bercuti. Kononnya nak hantar untuk print, tapi asyik
terlupa saja. Akak ler yang selalu jadi
gitu. Asyik bertangguh, akhirnya gambar
dah jadi bertimbun-timbun, simpan aje dalam hard disk. Alangkah seronoknya kalau dapat seorang yang
tugasnya hanya untuk mengambil gambar dan kita boleh bercuti, berjalan dan
menikmati cuti sambil merakam detik-detik menarik untuk diabadikan. Lepas bercuti, ada pula yang uruskan print
gambar-gambar tersebut. Best kan!!
WanderZoom Pembantu Professional Percutian Anda
Pernah dengar tentang perkhidmatan
fotografi WanderZoom tak? WanderZoom merupakan platform perkhidmatan fotografi
yang akan membantu korang merakamkan detik-detik menarik semasa percutian. Jurugambar-jurugambar terlatih
yang dilantik, bukan sahaja ada di Malaysia, malah ada juga di negara-negara
luar seperti Australia, Taiwan, Hong Kong dan kebanyakan negara-negara Asia
Pacific. Jurugambar-jurugambar ini terdiri daripada mereka yang
dikalangan professional dan berpengalaman.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN WanderZoom ?
Selepas korang merancang percutian
dan semua persiapan telah dibuat termasuk tempahan tiket, hotel dan sebagainya
, korang boleh berhubung dengan team WanderZoom dan buat tempahan lokasi dan
jurugambar yang korang perlukan. Bila dah dapat jurugambar yang dipilih bolehlah
buat perbincangan lanjut tentang sesi fotografi yang korang nak buat. Ada beberapa pakej yang ditawarkan bergantung
kepada lokasi dan lama masa yang korang perlukan jurugambar bekerja.
Info Lanjut Tentang WanderZoom
Untuk mendapatkan perkhidmatan
WanderZoom, korang perlu mendaftar di website WanderZoom. Selepas mendaftar, korang bolehlah memilih
pakej-pakej menarik yang disediakan oleh WanderZoom. Pastikan destinasi percutian korang termasuk
dalam senarai jurukamera-jurukamera professional yang ada. Bolehlah buat tempahan mengikut tarikh dan
lokasi yang korang inginkan.
Dengan adanya WanderZoom, percutian korang dapat dirakamkan dengan lebih menarik sebagai kenangan. Korang boleh dapatkan lebih info dan kalau berminat boleh ke link ini
dan juga di sini
Facebook: www.fb.com/wanderzoom
Instagram: www.instagram.com/wanderzoom
Twitter: www.twitter.com/wanderzoom_co
Pinterest: www.pinterest.com/wanderzoom
1 Comments
whoaaa senangnya! dah mcm che ta bawak photographer peribadi.. hihihi..
ReplyDelete