Kucingku Peminat Durian

Monday, August 15, 2016


Assalamualaikum wbt.  Pernah tengok kucing makan durian? Akak pertama kali tengok kucing kat rumah ni makan durian. Hari tu kan ada cerita pasal kucing yang datang kat rumah ni KAT SINI. Seekor jantan seekor betina. Yang betina tak pandang langsung. Tapi yang jantan ni asal korang sua apapun kat depan mulut dia, memang dia ngap. Bukan setakat durian, kacang panjang yang digoreng pun dia makan. Syarat dia, kau suakan depan mulut dia. Kucing vegetarian akak panggil.


kucingku peminat durian; kucing; durian


Tengok dia makan durian, macam sedap sangat. Ni confirm kalau masak kuah durian dia sedut sampai licin ni. Ada kawan akak tanya, tak panas ke kucing tu bila makan durian? Hmmm....macamana nak tahu yer? Mungkin boleh tengok dari segi pengambilan air kot. Tapi si kucing ni takdelah makan sampai seulas habis. Adalah dalam suku atau separuh isi daripada seulas durian tu saja. 

Nanti nak try bagi sayur-sayuran lain pulak la. Takdelah bergantung pada wetfood, makan kucing lain atau ikan rebus sahaja. 

Buat korang yang sukakan binatang peliharaan dan ingin dapatkan tempat tinggal yang sesuai, korang boleh tempat rumah kucing, arnab, burung dan sebagainya kat kawan akak ni.  Rumah kucing custom made, cantik dan yang pastinya binatang peliharaan anda akan rasa selesa. Korang boleh masuk tengok TEMPAHAN RUMAH HAIWAN KESAYANGAN


You Might Also Like

7 comments

  1. wslm.. pertama kali tgk kucing makan durian ni...

    ReplyDelete
  2. kcg yui ada sekor cmni dlu.. gila durian..huhuh

    ReplyDelete
  3. Sally pun ada kucing mcm ni kak...ada sekali tu dia makan sampai nak dekat sebiji tau...lepas tu jalan terhuyung hayang pening...LOL...lepas bg minum air baru ok.. :D

    ReplyDelete
  4. Ya Allah,,,tak sakit ke perut tuu bukan main lagi dia yek mkn duyan.kite yg manusia ni pun xmerasa lagi duyan tahun ni

    ReplyDelete
  5. fuyooo bagus ni. tp kena suro dia banyak minum ayaq sebab nti panas dalam

    ReplyDelete
  6. Azie, dulu ada gak kucing kat rumah mak ana yang suka makan durian ni..bijak kan :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook