Ahli Baru Dalam Keluarga

Wednesday, April 20, 2016


Assalamualaikum wbt


Korang panik tak bila kereta korang tiba-tiba buat perangai?...Kalau ada en hubby atau dekat-dekat dengan area rumah akak boleh cool lagi, tapi kalau sorang-sorang dan jauh daripada kawasan rumah..memang akak sedikit panik. Nak jadi cerita semalam terjadi kat akak.  Kereta dah lama, dah hampir 12 tahun guna, dah mula tunjuk belang. Tapi kami sayang kereta ni, banyak jasanya...masih boleh guna dan masih dalam `good shape' cuma kadang-kadang nak manja-manja gitu...

Masa sampai ofis pagi semalam, elok akak nak matikan enjin, dia bergegar-gegar...ha..sudah!!!...cepat-cepat off dan bagitau hubby. Dah boleh agak apa yang perlu ditukar cuma berharap sempat sampai rumah petangnya nanti. Balik kerja memandu sambil berzikir supaya tak berlaku macam pagi tadi. Elok lagi satu traffic light sebelum sampai rumah, gegaran berlaku lagi.....pucat kejap, tapi sempat jugak memakir di depan pagar rumah. Alhamdulillah dah tukar apa yang perlu ditukar...akak pun tak ingat namanya...

Selesai bab kereta...datang pulak satu hal lagi. Anak-anak akak ni dah memang lama sangat mengidam nak pelihara kucing tapi akak selalu buat tak tahu aje. Bukan tak berminat cumanya had masa untuk menjaga dan tak suka bila ada bau yang kurang menyenangkan menusuk ke lubang hidung. Tapi en hubby pulak bagi green light. Maka semalam bertambahlah ahli keluarga kami - seekor anak kucing yang diambil daripada sekolah. Layankan aje lah asalkan tak buat hal dalam rumah.


ahli baru dalam keluarga, kucing

Kucing yang belum ada nama lagi. Bukan main sibuk dia melawat kawasan rumah. tapi guideline tetap ada, malam kena tidur luar rumah, en hubby sediakan sangkar. Siang hari boleh melepak dalam rumah. Tak tahulah nak bertahan berapa lama pulak yang ni....

Yang menariknya lagi, en hubby siap aplikasikan membuat makanan kucing sendiri. Hasil daripada info daripada group kucing di fb. Nampak berselera lah si kucing tu makan. Nanti bila sempat akak share cara membuatnya...memang mudah....buat stok seminggu simpan dalam fridge. Bertuahlah kucing-kucing peliharaan sekarang. Semua disediakan elok-elok. Dulu masa akak kat kampung, kucing lepas ajer, bila penat merayau pandailah dia cari jalan pulang, minta makan. Makan pun nasi gaul dengan ikan ajer....minum air paip. 

Seronoklah budak-budak....



You Might Also Like

2 comments

  1. comei anak kucing tu.. geram tengok.

    ReplyDelete
  2. kucing rupanya...ingatkan sapa la tadi..baby baru ke kan...hehehehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook