Assalamualaikum wbt

Malam ini bermula kembali pentas Maharaja Lawak Mega. Apa yang menarik kali ini adalah peserta-peserta yang bersaing boleh dikatakan kebanyakkannya adalah muka baru, bukan muka-muka yang biasa ada setiap tahun  kecuali kumpulan Bocey.

maharaja lawak mega 2016, maharaja lawak mega


Rata-rata peserta tahun-tahun sebelum ini berganding dengan peserta yang baru nak dikenali. Eloklah tu, boleh lah kita tengok pulak gandingan-gandingan baru. Mana tahu lebih mantap dan lebih serasi.

Senarai Penuh peserta MLM 2016 :
  1. Awok – Filzah, Ain dan Ayie
  2. Bora – Isa, Yan dan Mamat (Singapura)
  3. Bocey – Acey, Abam dan Fad
  4. Bos – Ezad Exist, Ajo dan Abu
  5. Cham – Along dan Azrul
  6. Chilok – Chiwan, Achok dan Kamal
  7. Enjen – Raja Azri, Acong dan Yus
  8. Jaros – Syuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor)
  9. Lol – Angah, Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro)
  10. Puteh - Mamak dan Ali
  11. Saywho - Vicha, Bocil Bancin dan Agus (Indonesia)
  12. Shake - Amir, Bell Ngasri dan Haszmi
  13. Xola - One, Chot dan Wan Jala
  14. Reza Mukmin (peserta solo)
  15. Kavin Jay (peserta solo)
Hadiah yang disediakan pastinya lumayan di mana juara akan memenangi wang tunai RM500,000 berserta trofi, naib juara RM250,00 , untuk tempat ketiga RM150,00 dan tempat keempat serta kelima masing-masing menerima RM50,000 dan RM15,000.

maharaja lawak mega 2016, maharaja lawak mega


Pada korang yang berminat sambil santai-santai hujung minggu bolehlah menonton  MLM 2016 ini pada jam 10 malam setiap Jumaat menerusi saluran 132 Astro Warna dan 134 Mustika HD.


4 Comments

  1. 2 bekas vocalist exist jadi pelawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelawak boleh menyanyi..penyanyi pun nak berlawak..

      Delete
  2. Replies
    1. tak tengok pun siaran yang pertama tu...nanti tengok yang record ajer

      Delete