Maharaja Lawak Mega 2016 Mula Bersiaran
Assalamualaikum wbt
Malam ini bermula kembali pentas Maharaja Lawak Mega. Apa yang menarik kali ini adalah peserta-peserta yang bersaing boleh dikatakan kebanyakkannya adalah muka baru, bukan muka-muka yang biasa ada setiap tahun kecuali kumpulan Bocey.
Rata-rata peserta tahun-tahun sebelum ini berganding dengan peserta yang baru nak dikenali. Eloklah tu, boleh lah kita tengok pulak gandingan-gandingan baru. Mana tahu lebih mantap dan lebih serasi.
Senarai Penuh peserta MLM 2016 :
- Awok – Filzah, Ain dan Ayie
- Bora – Isa, Yan dan Mamat (Singapura)
- Bocey – Acey, Abam dan Fad
- Bos – Ezad Exist, Ajo dan Abu
- Cham – Along dan Azrul
- Chilok – Chiwan, Achok dan Kamal
- Enjen – Raja Azri, Acong dan Yus
- Jaros – Syuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor)
- Lol – Angah, Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro)
- Puteh - Mamak dan Ali
- Saywho - Vicha, Bocil Bancin dan Agus (Indonesia)
- Shake - Amir, Bell Ngasri dan Haszmi
- Xola - One, Chot dan Wan Jala
- Reza Mukmin (peserta solo)
- Kavin Jay (peserta solo)
Hadiah yang disediakan pastinya lumayan di mana juara akan memenangi wang tunai RM500,000 berserta trofi, naib juara RM250,00 , untuk tempat ketiga RM150,00 dan tempat keempat serta kelima masing-masing menerima RM50,000 dan RM15,000.
Pada korang yang berminat sambil santai-santai hujung minggu bolehlah menonton MLM 2016 ini pada jam 10 malam setiap Jumaat menerusi saluran 132 Astro Warna dan 134 Mustika HD.
4 Comments
2 bekas vocalist exist jadi pelawak
ReplyDeletepelawak boleh menyanyi..penyanyi pun nak berlawak..
DeleteSuka Cham.. ;)
ReplyDeletetak tengok pun siaran yang pertama tu...nanti tengok yang record ajer
Delete